#ManifestoBN PRU-14: Pengangkutan futuristik

Share


Memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

Membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) .

Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Meningkatkan jaringan pengangkutan awam Lembah Klang dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) fasa 3 dan Sistem Aliran Transit Massa (MRT) fasa 3.

Membina Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru.

Menaiktaraf dan menyelenggara jalan persekutuan secara berkala sebagai alternatif kepada lebuh raya bertol.

Menaiktaraf landasan berkembar Lembah Klang sepanjang 42km memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan bas pengantara .

Membina sebuah pelabuhan moden bertaraf dunia di Pulau Carey.

Membina landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.

Mewujudkan zon ekonomi baharu di kawasan sempadan dengan membangunkan kawasan-kawasan ketersambungan jalan raya.

Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kota Bharu di Semenanjung.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.barisannasional.org.my



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *