#ManifestoBN PRU-14: Dahulukan barangan Malaysia

Share


Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.

Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.

Mengintegrasi data usahawan-usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif Kerajaan berdasarkan platform Teraju Xchange.

Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Memperkasa sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.

Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi

negara.

Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan-usahawan kecil.

Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.

Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.barisannasional.org.my



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *