Manifesto BN: Warga Emas Itu Boleh ‘Tutup Buku’ Sudah…

Share

Selesai sudah majlis pelancaran Manifesto BN bagi PRU ke-14 semalam. Apa yang jelas, manifesto yang diumumkan Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak itu dilihat mampu membuat puak Pakatan Harapan ‘terkedu’, berkerut dahi.

Tidak perlu lama, warga emas yang diyakini ‘dalam diam’ memenuhi ‘jemputan’ Najib turut mengikuti majlis pelancaran manifesto BN semalam. Jika tidak, mana mungkin dia terus mengulas tentang ‘culaan kasar’ belanja untuk melaksanakan manifesto itu berjumlah ‘RM300 bilion’, bukan?

Pada hemat penulis, reaksi spontan warga emas itu tentang belanja ‘RM300 bilion’ berkenaan jelas menandakan daya pemikirannya sudah merosot teruk. Dia tidak lagi ‘setajam’ dulu. Akalnya tidak lagi ‘ligat’ seperti dulu…

Suka penulis ingatkan kepada warga emas berkenaan dan konco-konconya supaya berhati-hati ketika berhujah menjelang PRU ke-14 ini. Rakyat di negara ini bukan bodoh untuk diperbodoh-bodohkan lagi seperti yang dia pernah lakukan kira-kira 22 tahun yang lalu.

Cuba cari sendiri fakta daripada Bank Negara Malaysia atau laporan-laporan kewangan negara. Cuba perhatikan sendiri fakta-fakta mengenai jumlah KDNK, kadar nisbah hutang negara yang terkawal dan trend tahunan kewangan negara kita.

Jangan terkejut jika fakta-fakta berkenaan menunjukkan perkembangan positif ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib. Jika tidak, takkanlah firma-firma kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa memberi pengiktirafan hebat terhadap Malaysia, bukan?

Jadi, jika apa yang dicula warga emas itu bernilai RM300 bilion, apa masalahnya? Manifesto yang dilancarkan Najib semalam bukan perlu dilaksanakan dalam tempoh setahun, bukan? Ianya akan dilaksana dalam tempoh 5 tahun atau kira-kira sepenggal, bukan?

Dalam tempoh itu, sudah tentulah terdapat perancangan yang mantap daripada kepimpinan Najib untuk merealisasikan aku janji yang diumum. Sebagai seorang lulusan jurusan ekonomi, majoriti rakyat di negara ini yakin dengan kemampuan beliau.

Warga emas itu perlu akur bahawa Najib bukan seperti dia yang dulu hanya bergantung penuh pada sumber minyak negara. Jika Najib mampu menangangi ‘down turn’ ekonomi dunia sebelum ini, maka pastinya beliau mampu memberikan lebih apabila ekonomi dunia kembali stabil dan meningkat.

Kepelbagaian sumber ekonomi negara dan rakyat yang dicetus oleh kepimpinan Najib di era ini telah menampakkan hasil-hasil positif. Langkah beliau yang memacu Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kini berada di landasan yang tepat. Kenapa? Cemburu?

Jika warga emas itu tidak yakin dan tidak mampu memacu ekonomi negara seperti Najib, maka tidak perlulah bermimpi untuk duduk di kerusi Perdana Menteri semula. Zaman ini, warga emas itu tidak lagi boleh berharap pada sumber minyak, tapi perlu benar-benar kreatif dan mahir ekonomi untuk menguruskan negara.

Soal RM300 bilion itu, tidak perlulah warga emas itu berkerut dahi fikir daripada mana BN mahu dapatkan. Berdasarkan kadar KDNK dan perkembangan ekonomi negara, bukan saja RM300 bilion, malah demi negara, mungkin lebih daripada jumlah itu dapat disediakan BN.

Apatah lagi jika tidak ada bajingan-bajingan yang suka memburuk-burukkan negara dan menjaja cerita palsu bagi menakut-nakutkan pelabur, penulis yakin ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar yang lebih menakjubkan.

Justeru itu, penulis menyarankan supaya simpan saja ‘mimpi’ untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua itu di dalam ‘peti besi’. Kuburkan saya harapan palsu itu. Atau lebih melegankan lagi, kembalilah ke tikar sejadah sebagaimana yang dinasihatkan PAS.

Atau dalam bahasa mudahnya, ‘tutup buku politik, buka kembali buku menuju akhirat’. Bukankah itu lebih baik untuk warga emas itu?

Leave a Reply