#ManifestoBN: Mencari Terowong Terjumpa Baldi, BR1M Naik Lagi

Share

BR1M naik sekali ganda untuk untuk baik pembayaran bulan Jun dan Ogos tahun ini dan pengenalan 1 kategori baru bagi isi rumah pendapatan RM 4,000-RM5,000, adalah antara beberapa berita gembira dari banyak yang gembiranya dalam pengumuman manifesto  BN untuk PRU14 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini.

Selain itu ada juga janji untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1,500 dalam tempoh 5 tahun.

Bercakap pasal BR1M, secara tidak langsung jumlah keseluruhan pemberian BR1M dari RM 1,500 kepada RM 2,000 jika BN kembali memerintah selepas PRU14, dari RM 1,200 sekarang ini.  Dalam masa yang sama menunjukkan kerajaan ada duit dan tidak bankrap.

Janji ini datang ketika Pakatan tidak ada halatuju yang jelas tentang pemberian BR1M ini.  Dalam manifesto mereka kata nak laksanakan tapi depan parlimen masa bantah persempadanan semula hari tu, Mahathir ulang balik kata BR1M ini rasuah balik semula.

Itu masalah bila meniru apa yang bukan milik mereka.  Najib boleh terang dengan jelas pasal BR1M ini sebab beliau adalah pelopornya sekalipun yang cadangkan ialah Bank Negara.  Sesiapa pun boleh cadang tapi kalau Perdana Menteri tak luluskan, tak jadi apa juga.

Disamping itu ada juga janji untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan baru berbanding hanya 1 juta oleh Pakatan.

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!