Manifesto BN Ambil Kira Kebajikan Warga Emas. Pakatan? Takde, Walaupun Ramai Yg Tua Bangka

Share


ANTARA fokus Manifesto BN yang bakal dibentangkan Perdana Menteri di Bukit Jalil malam nanti adalah tentang kebajikan warga emas.  Menurut data Jabatan Perangkaan, kualiti hidup yang meningkat di negara ini disamping kemudahan perubatan bersubsidi antara paling tinggi dunia menyaksikan negara merekodkan jumlah warga emas seramai 2.8 juta orang pada tahun 2016.

Termasuklah diantaranya Mahathir dan Hasmah – masing masing berusia 93 dan 92 tahun.

Ini menunjukkan keprihatian BN terhadap warga emas ni walaupun ada diantara mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan termasuk berkaitan perubatan.

Mahathir saja sebagai contoh dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dilaporkan berpuluh kali masuk ke IJN.  Jangan berdiri lama sikit, bercakap lama sikit, mulalah.  Sehinggakan para doktor di Institut Jantung gamaknya cemas kalau dengar Mahathir berceramah.

Pasal lepas tu, terpaksa meninggalkan pesakit yang lain untuk memberi keutamaan kepada dia.

Malah boleh dikatakan, disebalik hampir kesemua anak-anaknya yang berstatus jutawan itu, Mahathir boleh dikatakan sebagai warga emas yang paling banyak mendapat keistimewaan dari subsidi tinggi perubatan di negara kita.

Anehnya dalam manifesto Pakatan yang dilancarkan awal bulan lalu, langsung tak menyentuh tentang golongan tersebut walaupun mereka dibarisi majoriti pemimpin yang termasuk dalam golongan itu.  Anwar, Kit Siang – kesemuanya telah menjangkau usia 70-an, termasuk Mahathir sendiri yang jauh lebih tua dari itu.

Banyak manifesto mereka ni sekadar nak menyaingi atau meniru apa yang dilakukan pentadbiran sekarang tanpa memikirkan tentang kebajikan rakyat secara  keseluruhannya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *