Dah Melingkup Pun Masih Nak Berlagak

Share


BETULLAH apa yang dikatakan beberapa orang bekas pemimpin parti Bersatu yang dibubarkan sementara semalam bahawa parti itu diketuai oleh orang-orang yang angkuh dan perasan bagus – yang ini penulis tambah, memang betul pun kan.

Ini merujuk kepada sidang media malam tadi dimana keengganan mereka menerima keputusan membubarkan sementara parti tersebut seperti yang diumumkan Mahathir.

Terang-terang langgar peraturan RoS dan perlembagaan sendiri, masih lagi mahu berlagak seolah-olah di pihak yang betul.

Menariknya Mahathir lancar bercakap tentang peraturan-peraturan yang koninnya dilanggar RoS dalam sidang media oleh Ketua Pengarahnya semalam mengenai pembubaran parti tersebut tapi dalam masa yang sama taknak pulak mengakui bahawa parti itu melanggar peraturan sendiri.

Boleh juga dikatakan, memandang hanya tindak tanduk RoS yang dipersoalkan, maksudnya Mahathir dan pemimpin parti itu tidak ada masalah dengan alasan pembubaran yang diumumkan Ketua Pengarah RoS.

Memang benarlah mereka takde cawangan, memang benarlah mereka tidak ada mesyuarat dan memang betullah segala apa yang dikatakan itu. Ini sebenarnya serius ke tak serius nak berparti, macam main-main je.

Apa pun, Mahathir boleh terus hidup dalam ilusi ciptaan sendiri, hakikatnya parti itu sudah terkubur dari segala segi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *