Konsesi Tamat, Memanglah Tol Tamat, Tapi Tamat Ke (Konsesi)?

Share


SEMALAM Mahathir DAP ini kata, tol dalam bandar akan diteruskan dan hanya akan ditamatkan bila tempoh perjanjiannya (konsesi) tamat.  Apa punya benak statement macam ini, perjanjian tamat memanglah tol tamat.

Tapi tamat ke?  Itu persoalannya.

Kalau ikut perjanjian asal, jangan kata tol dalam bandar, banyak tol tamat dah – termasuk PLUS, tapi sebab Mahathir panjangkan tempoh konsesi, banyak tempoh konsesi masih berterusan sehingga kini.

PLUS lah sebagai contoh, patut tamat pada tahun ini, tapi memandangkan Mahathir sudah bersetuju tambah 12 tahun lagi menjadi 30 tahun pada 1999 dan ketika KWSP dan UEM mengambil alih PLUS pada tahun 2010, tempoh sedia ada dipanjangkan lagi selama 8 tahun – dengan tiada kenaikan tol selama 5 tahun.

Dah 3 tahun pun sejak 2015, tol PLUS masih tidak naik sehingga sekarang.  Sedangkan dalam masa yang sama banyak tol dalam jajaran lebuhraya PLUS, telah ditutup jauh lebih awal oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, terbaru ialah di Sg Rasau, Batu Tiga, Bukit Kayu Hitam dan EDL, Johor.

Justeru, kenyataan Mahathir DAP semalam tu tidak ada apa yang istimewa kepada rakyat, memanglah perjanjian (konsesi) tamat, tol pun tamat.  Yang kita nak dengar ni sama ada Pakatan ada keberanian menamatkan banyak konsesi tol lebih awal atau paling kurang, tidak memanjangkan lagi semua perjanjian konsesi sedia ada, macam dulu.

Tidak hairan manifesto Pakatan ini takde langsung membawa keterujaan, tak macam tahun 2013 dulu.  Masa itu banyak hapus, banyak percuma, banyak turun dan sebagainya, itu pun kalah juga.  Dengan yang baru ni, tak tahulah macam mana, mungkin nasib Pakatan di Sarawak dalam PRN2016 akan berulang agaknya.

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *