Urus parti pun tunggang-langgang ada hati mengata SPR

Sebaran :

Bila tengok pemimpin PKR teringat pemilihan parti itu yang diwarnai insiden ‘kerusi terbang’.

Lihat pula DAP, nama perwakilan ke perhimpunan agung parti pun berterabur. Habis ke laut. Sampai kena buat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Lagi berat bila nampak logo bunga raya PPBM. Boleh pula mesyuarat agung parti sedangkan cawangan pun belum ada.

Yang tak teringat apa-apa bila tengok logo PAN. Cuma rasa nak gelak, bukan apa, sebab Presidennya, Mohamad Sabu.

Itu pun pemimpin keempat-empat parti ini tadi dalam mengata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan main lagi. Semua tak kena, semua tak adil.

Peliknya, pembubaran Dewan Rakyat pun belum tapi dah pukul canang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal jadi ibu segala pilihan raya paling kotor.

Ini keluar sendiri dari mulut ketua hulu balang mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang akhbar beliau semalam.

Negarawan pujaan Mat Sabu dan Lim Kit Siang ini bagaimanapun terlupa gara-gara kelemahan pengurusan UMNO ketika eranya, parti terbesar orang Melayu pernah diharamkan.

Tak cukup dengan itu, UMNO pada era beliau kemudian memperkenalkan pula undi bonus untuk Presiden dan kuota pencalonan.

Bukan sedikit yang diperlukan kalau nak cabar beliau sebagai Presiden UMNO – 30 peratus daripada bahagian yang ada. Bersih dan demokrasilah sangat.

Biar apa pun tohmahan, ironinya makin ramai pemimpin Bersih yang ‘kununnya’ pertubuhan pemantau demokrasi mahu menjadi calon pada PRU-14. Apa maknanya? Kalau tak percaya kepada SPR tak kan sibuk nak bertanding?

Hal itu menunjukkan ‘sudah jelas dengan sendirinya’ yang mengikut bahasa undang- undang, res ipsa loquitor atau ‘thing speaks for itself’ jika ikut bahasa orang putih ‘crispy chicken rendang’ yang ego itu. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

One thought on “Urus parti pun tunggang-langgang ada hati mengata SPR

  • kalau letak ‘tunggul’ pun boleh menang nanti nak kata apa? tapi kalau kalah memang tak boleh salahkan SPR sebab ‘tunggul’ manalah rakyat suka nak beri undi apatah lagi nak beri undi(menangkan) pada pokok tua mereput…kalau kalah sendiri kena ingat & sedar ‘kenapa’ jangan salahkan SPR kata PRU kotor & bermacam lagi fitnah

    Reply

Leave a Reply