Mahathir tidak layak gelar rakyat Sabah, Sarawak malas

Share

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyelar tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas penghinaan terbaharu bekas Perdana Menteri itu terhadap rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengatakan rakyat negeri tersebut malas dan mempunyai mentaliti rendah.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, penghinaan itu yang hanya dilihat sebagai alasan Pengerusi PPBM itu di atas ketinggalan pembangunan Sabah dan Sarawak berbanding negeri di semenanjung ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir, anda salah. Rakyat Sabah dan Sarawak pandai berikhtiar dan kami bekerja keras sepertimana orang lain dan menjadi budaya kami untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Etologi, mentaliti dan integriti kami tidak boleh dipersoalkan, terutama dari Dr. Mahathir yang merampas sumber kami untuk membina projek di semenanjung seperti Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC), Putrajaya dan litar lumba Formula Satu (F1) di Sepang sambil menafikan dana pembangunan untuk kami ketika beliau adalah Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply