Contoh Berita Palsu (Fake News)

Share


oleh Ab Jalil Backer

Mendakwa SPR tidak membenarkan gambar Tun Mahathir dipasang di seluruh negara dalam kempen pilihan raya umum akan datang adalah satu bentuk berita palsu.

SPR tidak pernah mengeluarkan arahan larangan seperti itu.

Fakta sebenar ialah peraturan pilihan raya hanya membenarkan gambar calon dan gambar pemimpin politik dari parti yang bertanding sahaja boleh digantung dalam sesuatu kawasan pilihan raya.

Jika parti Tun Mahathir bertanding di semua bahagian Parlimen, maka boleh sahaja gambar beliau di pasang di seluruh negara.

Ini selaras dengan Tataetika Pilihan Raya Malaysia dalam Perkara 8 yang menyatakan

(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang

(b) “Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan, kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama;



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *