Cawangan PPBM : Tun M Sudah Lupa Atau Sinar Harian Salah Lapor ? -Hamizura Osman

Share


Adik kepada bekas Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mempertikaikan pihak manakah yang bersalah dalam soal cawangan PPBM adakah pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun Sinar Harian yang melaporkannya.

Hamizura Osman yang juga bekas aktivis PPBM Perak dalam perlembagaan parti itu jelas mencatatkan PPBM mempunyai sistem cawangan yang hampir sama sepertimana sistem yang diamalkan UMNO.

“Assalamualaikum Tun M… Dalam perlembagaan PPBM ada cawangan… Mungkin Tun M tersilap kot….

“Ke Sinar salah melaporkan berita ni?,” soalnya dalam Facebook.

Beliau turut melampirkan Fasa 20 Perlembagaan PPBM seperti di bawah.

Hamizura mendedahkan bukti di atas sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan Sinar Harian berkata dalam perlembagaan PPBM tidak mempunyai sistem Cawangan, jadi tiada keperluan Mesyuarat Cawangan PPBM diadakan.

Dr Mahathir berkata perkara itu sudah lama dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Kita dah beritahu RoS dah lama dah bahawa kita tidak ada cawangan.RoS dah tahu Bersatu memang tak ada cawangan.

“Sebab itu bila adakan mesyuarat agung kita tak boleh ada orang dari cawangan masuk dalam bahagian untuk pilih wakil ke mesyuarat agung,” kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Bekas Exco Pemuda Bersatu, Mohamad Taufik Abas berkata, RoS sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengharamkan PPBM dengan segera kerana kepimpinan parti tersebut gagal melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai sebuah parti pertubuhan.

“Sudahlah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, ingin bersuara juga tidak dibenarkan.

“Malah, macam mana boleh bermesyuarat agung jika tidak ada mesyuarat di peringkat bawahan dan peringkat bahagian, tiba-tiba sahaja sudah ada perwakilan di mesyuarat agung pada penghujung tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

AIDC News



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *