Nak Bendung Berita Palsu Pun Jadi Masalah Ke? · MYKMU.NET

Nak Bendung Berita Palsu Pun Jadi Masalah Ke?

Share

PERBAHASAN mengenai undang-undang anti berita palsu ini masih menjadi topik perbincangan hangat.  Jelas Pakatan begitu gerun dengan pengenalan undang-undang tersebut walaupun dalam masa yang sama cuba mengalihkan ketakutan itu kepada kerajaan BN.

Tapi logiknya, takkanlah kalau kerajaan BN paling terjejas dengan akta anti berita palsu ini tapi dalam masa yang sama perkenal akta untuk mengekang penularannya pulak? Orang gila saja yang percaya macam itu.

Hakikatnnya, Pakatan memang jaguh berita palsu, semua orang pun tahu.  Tak ada mana Menteri pun yang pernah kata setelah GST diperkenalkan SEMUA harga barang akan turun jika ada tunjukkan dimana buktinya.  Yang kata macam itu hanyalah orang Pakatan saja.  Nampak tak tu, dalam dia menuduh Menteri sebar berita palsu, dia sendiri sebenarnya buat berita palsu.

Berita palsu ni banyak kesannya kepada masyarakat.  Minyak turun, Pakatan kempen kata naik, palsu jugak.  1MDB tak hilang duit, Mahathir kata hilang RM 42 billion, palsu jugak.  Kapal bukan Jho Low punya, Pakatan kata dia punya, palsu jugak.  Selama hari ni hanya saman sivil saja tindakan boleh diambil untuk menghukum penjenayah dalam kes seperti ini, baguslah kalau orang ada duit, yang takde duit macam mana?

Wujud undang-undang ni, semua orang berpeluang mengambil tindakan, ber’wang’ atau tidak ber’wang’

Anyway, kalau undang-undang ini boleh “mengenakan” pemimpin kerajaan BN seperti yang dikatakan, kenapa nak halang ia dari dilaksanakan pulak, biarkan sajalah.  Benda senang macam inipun susah sangat nak fikir ka?

Pembangkang sebetulnya sentap kerana senjata utama mereka untuk menang pilihanraya, bakal dikekang dengan pengenalan undang-undang baru ini.  Kalau harap fakta, pembangkang nak menang macam mana?  Cuba “memudakan” Mahathir contohnya, ini pun satu bentuk berita palsu, tua sangat dah, dia nak mudakan macam mana?

Leave a Reply