Jawatan mana DAP mahu tuntut?

Share


Lima tahun dahulu, impian DAP untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak dihalang oleh undang-undang tubuh negeri berkenaan yang mengizinkan hanya seseorang yang berbangsa Melayu dan be-ragama Islam sahaja dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun parti itu tidak berputus asa apabila mereka mewujudkan sebuah jawatan khas iaitu exco kanan untuk wakilnya, Datuk Ngeh Ko Ham kerana merasakan mereka layak menduduki jawatan yang tinggi dalam kabinet negeri memandangkan mempunyai paling banyak kerusi.

Melihat kepada sejarah ini, pasti seluruh rakyat tertanya-tanya, jawatan apa pula yang akan dituntut atau di-wujudkan oleh DAP sekiranya Pakatan Harapan yang diketuainya memenangi pilihan raya kelak?

Mengulas perkara tersebut, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berpendapat, parti itu akan memastikan jawatan kabinet berprofil tinggi seperti Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri akan berada dalam tangan mereka.

Malah, janji mereka untuk menghalang Perdana Menteri memegang jawatan menteri lain yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dilihat sebagai strategi mereka untuk menguasai jawatan Menteri Kewangan.

“Kedua-dua jawatan ini (Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri) membolehkan mereka mengawal hampir semua perkara dalam negara ini, iaitu kewangan dan undang-undang, jadi pastinya mereka akan berusaha mendapatkannya.

“Janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri juga dilihat sebagai salah satu taktik untuk menguatkan cengkaman mereka terhadap Kabinet sekiranya menang nanti kerana sudah pasti mereka tidak akan mendapat jawatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *