Sekarang Ni Makan Nasi Ulam Minyak Wangi Agaknya Ya

Share

DISEBALIK dakwaan Pakatan dan Mahathir bahawa hampir semua rakyat negara ini semakin hidup merempat dan menderita, realiti sebaliknya, kita dihidangkan dengan pemandangan dan berita-berita yang menunjukkan sebaliknya.

Antaranya, lapangan terbang yang meriah dengan rombongan umrah – dah macam rombongan Kak Kiah melawat zoo negara pulak, bertumbuk sebab berebutkan kasut jenama mahal, jualan murah produk Apple yang terpaksa dibatalkan kerana diserbu orang dan terbaru, pintu sebuah kedai minyak wangi berjenama mahal yang hampir roboh kerana dirempuh.

Tak sebut lagi yang beratur sejak pagi kerana nak masuk pasaraya besar dan yang seperti itu.


Semua cerita kesenangan ini melibatkan RAMAI orang berbanding cerita kesusahan yang hanya melibatkan SEORANG DUA atau satu keluarga sahaja.  Itupun susah bukan sebab polisi kerajaan tapi kerana malang atau masalah kesihatan yang boleh berlaku kepada hampir semua orang dimana-mana tempat dalam dunia.

Justeru Pakatan boleh simpan cerita kesusahan rakyat ini sebagai modal dalam pilihanraya akan datang.  Dengan Mahathir mengetuainya pulak lagi, apa cerita susah dan kemiskinan yang ada?  Tak tahulah kalau susah hari ini maksudnya ada bela berpuluh-puluh ekor kuda.

Cerita pintu kedai minyak wangi hampir roboh dirempuh tu kita bersangka baik sajalah, mungkin ada trend baru zaman ini makan nasi ulam minyak wangi.  Tu yang berebut tu.


2 thoughts on “Sekarang Ni Makan Nasi Ulam Minyak Wangi Agaknya Ya

  • April 2, 2018 at 19:58
    Permalink

    Berebut barangan victoria secret tu….harga pun puluh2 juga tu….

    Reply

Leave a Reply