Batal ECRL, Kesumat Mahathir Pada Orang Pantai Timur Memang Dari Dulu

Share


DENDAM Mahathir dengan rakyat negeri belah pantai timur sana sebenarnya dah bermula sejak PAS menang di Kelantan tahun 1990 lagi.  Geram sangat Mahathir sebab dia dikalahkan seorang tok guru agama yang biasa-biasa dengan bantuan anak raja yang hampir mengalahkannya dalam pemilihan UMNO 1987.

BN dibawah pimpinan Mahathir kalah SEMUA kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 1990 ditangan Allahyarham Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.  Malu Mahathir tak tahu nak letak dimana muka.  22 tahun sebagai Perdana Menteri dan menang 5 PRU sepanjang tempoh tersebut, itulah rekod paling mencalarkan Mahathir.

Maka tak hairanlah kenapa semalam Mahathir umum untuk batal projek ECRL yang mampu mengubah landskap ekonomi wilayah terbabit yang selama ini agak ketinggalan berbanding belah selatan sebab dendam dia tak habis lagi.

Bukan ECRL ini saja, Mahathir sebelum ini juga tidak memasukkan jajaran lebuhraya PLUS untuk negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan/Terengganu (Pahang pun sipi-sipi).  Paling kejam sekali ialah memastikan rakyat Kelantan mencari ikhtiar sendiri untuk menyelesaikan masalah air. yang membelenggu negeri itu akibat kegagalan rejim pemerintah PAS.

Pinjaman mudah RM 600 juta yang konon diluluskan pentadbiran Mahathir pada akhir 90-an untuk Kelantan menyelesaikan masalah air negeri itu juga, rupanya tidak pernah diberikan Mahathir.  Umum saja, baginya tak pernah.  Lagipun logik tu ada, hujung 90-an adalah ketika kemelesetan ekonomi paling teruk berlaku dalam sejarah negara, mana ada duit Mahathir nak bagi Kelantan loan RM 600 juta.

Malah ketika Terengganu jatuh ke tangan PAS dalam PRU 1999, Mahathir menukarkan royalti minyak negeri itu kepada wang ehsan.  Hanya satu pembayaran royalti berjumlah sekitar RM 400 juta saja yang sempat dinikmati rakyat Terengganu, selepas itu tidak ada lagi.

Jadi inilah dia Mahathir, dendam, kesumat memang penuh dalam dirinya sejak dulu sehinggalah dia mati.  Dia menonjolkan diri sebagai penyelamat demokrasi yang sebenar tapi sebenarnya dia adalah diktator tulen yang akan membalas balik sekiranya pilihan rakyat dalam pilihanraya tidak berpihak kepadanya.

BN dulu, Pakatan sekarang, semua ni hanya platform Mahathir untuk melempiaskan dendamnya saja.


2 thoughts on “Batal ECRL, Kesumat Mahathir Pada Orang Pantai Timur Memang Dari Dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *