Yg Lulus UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga April 2019 Ialah RoS, Bukan MT

ISU konon UMNO melanggar perlembagaan dengan menanguh pemilihan parti sehingga 18 bulan (seperti termaktub dalam Perlembagaan UMNO Fasal 10.17) sebenarnya dihujah oleh orang tak faham – lebih tepat orang yang partinya sendiri tidak ada mesyuarat cawangan, tahu-tahu mesyuarat tahunan saja.

UMNO ni parti dah lama, waima diambil dari tarikh UMNO baru ditubuhkan pun, masih jauh melebihi PPBM yang 2 tahun pun takde umurnya lagi.  Tahulah kita apa nak dibuat dalam soal menangguhkan pemilihan ni.

Majlis Tertinggi UMNO, mengikut perlembagaan boleh menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan, tapi kalau perlu ditangguh lebih dari tempoh tersebut, kena dapat persetujuan Pendaftar Pertubuhan (RoS) lah, dan itulah yang berlaku sekarang bila UMNO buat permohonan untuk menangguh pemilihan dan RoS meluluskan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum April 2019.

Senang kata bukan MT UMNO yang lulus pemilihan lebih dari tempoh 18 bulan (seperti dalam perlembagaan parti) tapi RoS.  Justeru, mana logiknya kata UMNO langgar perlembagaan sendiri?



Itupun susah sangat nak memikirkannya puak-puak ni.

Maka tak hairanlah kenapa yang banyak buat bising sekarang ialah ahli-ahli PPBM, bukan orang UMNO pun.  Ironinya,  PPBM sendiri merangka perlembagaan partinya dengan meniru bulat-bulat perlembagaan UMNO sebelum mengubah suai mengikut mana yang perlu.

Bukan guna akal dia sendiri pun.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.