Tony Pua tidak mahu bercakap isu terowong

Keengganan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menjawab mengenai isu skandal terowong dasar Pulau Pinang menjadi tular dalam media sosial kerana menyerlahkan sikap hipokrit pemimpin DAP itu.

Jika dalam isu lain mulutnya ibarat ‘bertih jagung’ seperti ketika bercakap mengenai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi dalam hal ini Tony memilih sikap mengalihkan isu kepada pihak lain.

Segala kejaguhannya sebagai ayam sabung DAP lenyap, malah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berada di sisi Tony juga tidak mampu membantu dan hanya menggelengkan kepala tanpa memberi sebarang jawapan konkrit.

“Kes terowong, Pulau Pinang akan jawab, kami bukan Ahli Parlimen Pulau Pinang, kami tidak mempunyai fakta di tangan,” kata Tony yang meminggirkan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto yang berada di belakangnya dalam rakaman video tular berkenaan.

Projek terowong dasar laut bernilai lebih RM6 bilion di bawah Kerajaan DAP Pulau Pinang merupakan projek yang cukup kontroversi dengan siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya elemen rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, bagi Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Tony menunjukkan sikap hipokrit pada darjat tertinggi dalam isu berkaitan skandal terowong berkenaan.

“Mereka ini hipokrit, hanya tahu fitnah dan cari salah orang lain, gajah di depan mereka pura-pura tidak nampak seperti skandal banglo dan skandal terowong,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

3 thoughts on “Tony Pua tidak mahu bercakap isu terowong

  • March 20, 2018 at 8:22 PM
    Permalink

    helleh..time auditsiasat PAC 1mdb pun mamat ni diam membisu xde isu..memang pua ka betul. Raja fitnah parti komunis

    Reply
  • March 20, 2018 at 11:50 PM
    Permalink

    paling aku rasa nak bagi penampar pada musibat anak haram tony pua ni pasal dia cakap guan eng tak perlu letak jawatan(CM) sebab dia belum lagi didakwa di mahkamah tapi selepas kena dakwa senyap macam babi tertelan racun rumpai musibat anak haram tony pua ni

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.