Suami itu PEMIMPIN.

oleh Kang Nasir

Rosaknya masyarakat kerana rosaknya ulama yang memimpin.

Kebanyakan kes penceraian yang terjadi disebabkan sengaja mahu menceraikan isteri semata-mata kerana nak beristri. Dan tuntutan nafsu dunia bermegah-megah dengan kemewahan duniawi.



#IslamJalanPenyelesaian

“ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka ”
(An-Nisaa’: ayat 34).

Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan kalian semua akan dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang dipimpinnya…seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan dimintai pertanggungjawaban tentang mereka.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya. Tidak Allah jadikan setiap sesuatu itu pasti berpasang-pasangan. Dan Isteri itu anugerah kurniaan Allah kepada kita menjadi pasangan sebagai pelengkap pada kekurangan pada diri kita. Dan antara suami dan isteri saling memerlukan dan berkasih sayang.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar Ruum : ayat 21)

Jika kita ikut jalan islam yang sebenar dengan mengharap redha Allah dan antara suami isteri berkasih sayang, Allah limpahkan rahmat hidup berkat.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya.”
(Ath-Thalaaq: ayat 4).

Malangnya ilmuan sekarang tidak lagi mengajak kita agar menjalinkan kasih sayang dalam kekeluargaan dan kasih sayang suami isteri mengikut Quran dan Sunnah maka itulah ramai anggap perkahwinan itu untuk tuntutan nafsu sexs sehingga remaja pun berlumba-lumba menunruti nafsu mereka. Dan kerana itulah ramai umat islam cenderung ikut pemimpin pembangkang dan DAP yang memperjuangkan ISLAM LIBERAL dlm kitab JINGGAY yang diperjuangkan ulama PAS masa PRU13 yang lalu hingga memperjudikan nasib isteri untuk kepentingan duniawi.

Berapa ramai lebai yang berkhalwat dengan isteri setelah jatuh talak akibat baiah? Dari kitab apa dan hukum perintah siapa BAIAH isteri jadi pertaruhan demi kepentingan kedudukan pangkat lebai?

Malangnya muslimah PAS sendiri REDHA.
Dewan Muslimat PAS tiada masalah dengan baiah sumpah setia laknat dan baiah talak tiga yang diamalkan parti itu terhadap wakil rakyatnya.

https://m.malaysiakini.com/news/413854?

Nuridah Mohd Salleh berkata.
Amalan itu dikritik banyak pihak antaranya kerana dikatakan merendahkan institusi rumah tangga, termasuk oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dipautan ini.

https://m.malaysiakini.com/news/413471

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mempersoalkan tindakan PAS yang ingin melaksanakan sumpah baiah menjelang pilihan raya umum ke-14.

Menurut Harussani lafaz sumpah yang hanya melibatkan janji bersama parti politik dibenarkan, namun yang menjadi persoalan ialah sekiranya ia melibatkan lafaz cerai isteri

Sejak awal dulu saya bertanya.
BAIAH MEMPERTARUHKAN ISTERI itu ikut hukum apa? Kerana persis seperti pak kaduk menggadai kampong dengan ayam kesayangannya.

Sepatutnya PakLebai khususnya suami tahu kewajipannya.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
(At-Tahriim: ayat 6).

Jangan ambil mudah fenomena yang membawa mudarat ini.
Dilihat dari pelbagai sudut. Suami yang ceraikan isteri semata-mata mahu beristeri lagi secara tak langsung bukan suami yang bertanggung jawab kepada isteri dan anaknya dan bukan suami yang taat kepada hukum Allah.

Menurut kajian tersiar dipautan ini.
http://m.utusan.com.my/berita/parlimen/48-077-pasangan-islam-bercerai-tahun-ini-1.407505

Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun 2016.

“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam (panutan) bagi orang-orang yang bertakwa ”
(Al-Furqaan: ayat 74).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.