Siapa Yang Sepatutnya ‘Dicampak’ Ke Dalam Empangan?

AZMIN kata di Selangor air tidak ada masalah sebab empangan penuh.  Ingat macai saja bodoh, pemimpin level macam Azmin pun bodoh juga.  Padanlah Selangor selalu ada masalah air rupanya sebab mereka ada Menteri Besar yang tak faham isu.  Kalau ikut faham Azmin, Kelantan pun tak sepatutnya ada masalah air sebab banjir selalu!!

Bodoh.

Nampak sangat Azmin tak tahu bahawa bukan semua 7 empangan di Selangor yang airnya boleh dirawat dan kemudian digunakan rakyat.  Ada diantara empangan ini, airnya digunakan untuk tujuan pertanian, ada juga yang digunakan untuk tujuan selain urusan kehidupan seharian seperti di sektor perlombongan dan sebagainya.  Air yang mengalir keluar setiap kali buka pili ni namanya air terawat.

Korek pasir pun termasuk sekalilah tu, bukan guna air terawat – ala, yang anak saudara kena tangkap SPRM tulah.

Sekarang fahamlah kenapa air di Selangor selalu masalah dan sekali krisis berlaku, berjuta orang terkena – sebab ada orang macam Azmin yang menjadi Menteri Besarnya.

Tempat lain pun ada masalah juga tapi tidak sehebat di Selangor sebab itu setiap kali krisis air di Selangor berlaku, penuh media sosial dengan video/gambar rakyat beratur menunggu lori tangki datang, negeri lain ada gambar macam itu?  Macam di Jengka, masalah air puluh-puluh tahun kononnya seperti digebangkan, tapi belum ada lagi gambar orang Jengka beratur tunggu lori air datang.

Atau tak mandi dan bercebok kerananya, ada?  Lagipun di Jengka baik, di Pekan baik atau dimana-mana tempat yang ada masalah air seperti yang dikatakan macai Pakatan, tang mana sama dengan apa yang berlaku di Selangor bila krisis air berlaku?  Tempat-tempat tu semua, berapa ramai orang terjejas, banding di Selangor dan KL, berjuta tau.

Menariknya, Azmin hanya berani bersuara pasal air ini setelah krisis baru ini berakhir.  Masa 5 hari takde air, terkunci mulut Azmin nak bercakap pasal air ni, dah selesai barulah dia bersuara.  Besok berlaku lagi, diam lagi, lepas tu baru Azmin cakap besar semula.

Eloknya dia saja yang dicampak ke dalam Empangan tu – berseloroh jugak la ni.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.