Raub Bakal Kembali Ke Tangan Barisan Nasional

TSUNAMI Cina dan penguasaan media sosial oleh pakatan pembangkang diketuai DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) menyebabkan beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik Barisan Nasional jatuh ke tangan DAP. Kerusi yang disandang parti MCA hampir 95% menjadi milik DAP.

MCA dikatakan mendapat perhatian kaum Cina semula apabila skandal terowong dasar laut dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kini mereka menyedari DAP tidak telus dan bersih sebagaimana yang didakwa pakatan. Parti chauvanist tersebut mula dilihat jauh lebih kotor dari parti komponen Barisan Nasional.

Perkara tersebut menjadi pemangkin sokongan rakyat kepada Barisan Nasional yang bakal melihat kerusi Parlimen Raub kembali semula ke pangkuan parti yang terbesar di negara kita ini pada Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14).

Tambahan pula menurut sumber, gerak kerja agresif telah dilaksanakan Umno bahagian. Berdasarkan kajian yang dilakukan UMNO Raub mendapati lebih 50% pengundi Melayu yang memihak kepada pembangkang sebelum ini kini kembali “berstatus putih”.

Begitu juga dengan pengundi Cina, lebih 20% dalam kalangan mereka kembali menyokong BN, hasil daripada gerak kerja berterusan yang dijalankan selepas PRU lalu.

Cuma pungutan suara yang dilakukan dikatakan mendapati majoriti pengundi Raub yang juga orang Melayu, berjumlah 30,133 orang atau lebih 50% daripada jumlah keseluruhan pengundi parlimen ini, menyuarakan mereka mahu calon BN kali ini diwakili oleh Melayu atau wakil rakyat daripada Umno.

Dalam perkara ini, pemilihan calon boleh menang amat penting dalam memastikan Barisan Nasional pendapat majoriti besar dalam PRU14 nanti. Majoriti besar ini bakal membolehkan BN melaksanakan dasar-dasar yang dapat menjaga kepentingan rakyat dengan lebih mudah.

Untuk makluman, pada PRU13, DAP memenangi kerusi Parlimen Raub selepas calonnya, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menewaskan calon BN, Datuk Hoh Khai Mun daripada MCA dengan majoriti 2,814 undi. Mungkinkah faktor calon Melayu menjadi kayu pengukur untuk rakyat Raub mengundi?

Mungkin pihak pucuk pimpinan tertinggi BN perlu mengambil kira faktor ini dalam menentukan calon yang paling sesuai kelak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.