Peneroka Tanah Ijok Mahu Harta Dan Akaun MBI Selangor Dibekukan

MASIHKAH anda ingat bagaimana Menteri Besar Selangor Azmin Ali menolak untuk menandatangani Ikrar Bebas Ra­suah (IBR) yang menyeru rakyat untuk bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) men­cegah gejala ra­suah. Ketika itu ramai pihak terpinga-pinga dengan tindakan Azmin Ali tersebut.

Kini skandal tanah Ijok semakin panas enam lagi individu direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok. SPRM akan menyiasat keenam-enam suspek itu sehingga Sabtu ini.

Peneroka tanah Ijok merupakan pihak yang teraniaya dalam isu penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu. Mereka dapat menarik nafas lega dengan campurtangan SPRM dalam skandal tersebut.

Peneroka tanah Ijok amat mengalu-alukan tindakan SPRM menahan individu-individu yang disyaki terlibat berkaitan kes penjualan tanah di kawasan tersebut.Bagi mereka, pihak SPRM juga sepatutnya menahan serta membekukan harta dan akaun pihak-pihak lain yang ada hubung kait dengan transaksi terbabit.

Menurut sumber, para peneroka mahu agar pihak SPRM turut menyiasat dan membekukan harta dan akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor sebagai perantara yang turut sama dapat manafaat tanah 1,000 ekar yang asalnya hak peneroka.

Pasukan penyiasat sebenarnya telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan namun tidak pasti samada harta dan akuan MBI turut sama dibekukan.

Siasatan pihak SPRM merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan. Seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara sedang dalam radar SPRM. Menurut desas desus, Datuk tersebut merupakan individu yang sentiasa mengitar semula isu 1MDB dan suami kepada seorang artis tanahair.

Semoga nasib peneroka Ijok akan mendapat pembelaan yang sepatutnya. Tanah-tanah tersebut diperolehi mereka kira-kira 20 tahun yang lalu ketika Barisan Nasional mentadbir Selangor. Kini apabila pakatan yang mengambil alih Selangor, nasib peneroka Ijok bagaikan jatuh ditimpa tangga. Ini memang menjadi pengajaran yang cukup mahal untuk rakyat Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.