Pejabat MB Selangor “Bersilat” Salah Rentak

DAP sememangnya terkenal dengan sifat angkuh, bongkak dan sombong melampau. Ciri-ciri tersebut menyebabkan mereka enggan menerima hakikat kesilapan dan kelemahan mereka sendiri.

Seluruh negara tahu bahawa Selangor sedang menghadapi krisis air. Perkara tersebut menyebabkan rakyat sengsara dibawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang dketuai DAP. Notis gangguan air tersebut tersebar secara meluas. Namun Pejabat Menteri Besar Selangor menafikannya.

Rakyat Selangor terpaksa menanggung kerugian yang banyak terutamanya pengilang dan penjaja yang bergantung kepada sumber air bagi menjalankan perniagaan mereka. Kerugian mereka dikatakan mencecah berjuta ringgit. Itu adalah fakta.



Ironinya,  Pengarah Komunikasi Strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong menafikan perkara tersebut sedangkan rakyat sedang menderita akibat gangguan bekalan air. Namun itulah wajah sebenar pakatan pembangkang. Mereka enggan mengakui kelemahan mereka sendiri walaupun bukti berada didepan mata? Pejabat Menteri Besar Selangor sahih “bersilat” salah rentak.

Pada bulan lepas kerajaan pakatan Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku telah membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku yang diluluskan sebelum ini. Malah Selangor menduduki tempat pertama dengan kadar sewa rumah yang tinggi sementara Pulau Pinang ditempat kedua.

Harga rumah di Selangor juga amat mahal tidak sepadan dengan kualiti. Perkara ini turut disebabkan oleh kenaikan cukai pintu dan lain-lain lagi. Namun seperti biasa kerajaan Pakatan Selangor menafikan perkara tersebut. Memang melampau.

Mereka memilih untuk menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan harga rumah di Selangor berada dalam kawalan kerajaan pakatan Selangor sendiri. Perkara ini turut dinafikan pejabat MB Selangor.

Malah mereka juga mahu memansuhkan GST yang hanya berkadar 6% untuk digantikan dengan SST yang berkadar 16% semula. Memang “bijak” sungguh kerajaan pakatan Selangor terutama berkaitan dengan usaha untuk membebankan rakyat.

Selangor turut dikenali sebagai negeri Darul Sampah memandangkan masalah sampah di negeri tersebut juga berada dalam keadaan yang “nazak” terutamanya dikawasan pangsapuri kos rendah. Pejabat MB Selangor sepatutnya melawat kawasan pangsapuri kos rendah untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah sampah yang dihadapi rakyat Selangor.

Kes denggi di Selangor juga adalah antara yang terburuk. Namun mereka cuba memutar belitkan isu ini dengan mendakwa masalah denggi di peringkat nasional lebih teruk lagi. Sikap beginilah yang dinamakan bodoh sombong. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut. Pejabat perlu lihat statistik bukannya “spin” fakta sehingga terbongkar sikap pakatan yang angkuh, bongkak dan bodoh sombong.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.