Org Miskin Paling Ramai Terjejas Bila Air Takde Di Selangor

BERDASARKAN tinjauan penulis secara rawak, golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah yang paling terjejas dengan masalah ketiadaan air di Selangor hari ini.  Majoriti yang kena ni, mereka yang duduk di flat-flat, apartment sederhana dan kawasan-kawasan kampung.

Orang-orang yang duduk kawasan have-have macam di Damansara, sebahagian Petaling, Shah Alam dan sebagainya, macam tidak ada apa – tapi diumumkan seluruh negeri hadapi masalah bekalan.  Kenapa yang banyak kena area orang tak berkemampuan saja?

Ini dikuatkan lagi dengan pelbagai rakaman kesengsaraan rakyat mengambil air ini dirakam setakat ini adalah dibuat di kawasan flat atau apartment yang tak berapa mahal.  Belum ada lagi kita nampak rakaman penghuni kondominium beratur mendapatkan air dari lori Syabas.  Ada ke?



Putra Height la sebagai contoh.  Kawasan rumah yang agak mahal tu, tak terjejas dengan ketiadaan bekalan air.  Rumah flet belakang sikit yang tak berapa jauhlah jaraknya tu, semua takde air dan terpaksa beratur menunggu air tangki.  Boleh nampak sangat bezanya tu, paling tidak, ambil air dari surau berhampiran.

Semua ini menunjukkan diskriminasi yang jelas, waima dalam keadaan darurat macam inipun penduduk miskin dan tidak berkemampuan, ditindas oleh kerajaan Pakatan.  Masa bagi subsidi air 20m3 pun macam itu juga, hanya dihadkan kepada mereka yang guna meter tunggal, yang guna meter pukal (majoriti rumah flat), semua tak merasa.

Dahlah terpaksa beratur menunggu lori air, tong-tong air pun dijual pada harga yang mahal untuk rakyat membelinya.  Inilah akibat bila mengundi kerajaan yang tidak mesra rakyat dan berpolitik hampir 24 jam, kerja tak jalan.

Inilah akibat mengundi kerajaan yang salah.  Benda asas yang tak pernah jadi isu sebelum ini pun jadi masalah bila mereka mengambil alih.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.