Mukhriz Mahathir dan Ego Ketuhanan

oleh Ab Jalil Backer

1. Kenyataan Mukhriz Mahathir untuk memecat mana-mana pegawai yang melindungi Naijb Razak menunjukkan sedikit sebanyak beliau mewarrisi sikap diktator dan egois ketuhanan.

2. Seperti mana bapanya, Tun Mahathir yang berdekad lalu sering bertindak sebagai pendakwa, hakim dan pelaksana hukuman, Mukhriz sudah memberi bayangan yang sama.

3. Mukhriz sudah tanpa sebarang pasukan penyiasat, pendakwa dan hakim telah menjatuhkan hukuman Najib Razak seorang penjenayah.

4. Bagi keluarga Mahathir, sesiapa yang menentang mereka maka orang itu adalah pengkhianat, penjenayah dan perlu dihukum. Senarai ini panjang dari Tunku Abdul Rahman, Musa Hitam, Ku Li, Anwar Ibrahim dan ribuan tahanan ISA.

5. Sekiranya Pakatan menang maka prinsip keluarga Mahathir sentiasa betul akan diteruskan seperti era 80 dan 90-an.

6. Ramai lagi akan ditahan tanpa bicara serta diabkan secara terbuka jika anda menentang Mahathir dan kini Mukhriz.

7. Jangan percaya janji serigala konon tidak akan makan manusia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.