Mufti Hanya Nasihat Jangan Jadi Munafik, Mengapa Pakatan Gelabah Pertahan DAP?

Oleh Amin Yatim

Tindakan Pengarah Pilihan Raya HARAPAN Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek “melompat dan meloncat” mempertahankan DAP dan mengkritik Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad sangat melucukan dan mencerminkan siapa ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.

Panjang lebar Mohamad Rafie mempertahankan DAP dalam Malaysiakini sebagai parti yang menyokong kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Yang melucukan Mohamad Rafie hanya mempertahankan Tun Mahathir dengan berkata selaku mufti Mohd Yusof tidak seharusnya mudah menggelar individu lain munafik tanpa memahami isu sebenar yang berlaku.

Mohd Yusof Ahmad tidak pernah menuduh Mahathir sebagai Munafik. Beliau hanya menasihati Tun Mahathir Mohamad agar tidak menghampiri ciri-ciri munafik dengan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan keputusan terdahulu beliau.

Menurut beliau, tindakan Tun Mahathir yang sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya dahulu iaitu DAP, dan pada masa sama menggesa supaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan sebelum ini beliau mendakwa Penasihat PKR itu tidak bermoral; merupakan satu tindakan yang menghampiri ciri-ciri seorang munafik.

Mohd Yussof yang dipetik Utusan, berkata, “”Ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong, selepas itu memungkiri janji seterusnya mengkhianati amanah dan semua perbuatan ini sedang berlaku dalam Pakatan Harapan.”

Mufti Negeri Sembilan tidak pun menyatakan DAP sebagai perosak Islam dan sebagainya. Beliau hanya mengingatkan Mahathir mengenai sikap bekas Perdana Menteri itu sekarang yang bertentangan sama sekali dengan tindakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Malangnya Mohamad Rafie meloncat mempertahankan DAP seolah-olah Mohd Yussof sudah membuat dosa besar.

Namun untuk menjawab kenyataan Mohamad Rafie, penulis ingin ingatkan bahawa DAP memang dilihat oleh ramai orang sebagai pihak yang boleh menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.

Mungkin Mohamad Rafie tidak faham antara menyokong kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia dengan peranan DAP melemahkan kedudukan Islam melalu hasutan, tindakan dan “serangan” tersirat terhadap status quo Islam hari ini.

Abdullah bin Ubay pun secara tersurat menyokong perjuangan Islam sehingga mengetuai salah satu pasukan perang menentang Quraisy. Beliau merupakan individu yang mempengaruhi 300 tentera Islam supaya ingkar arahan nabi hingga menyebabkan tentera Islam kalah ketika menentang kaum kafir Quraisy semasa perang Uhud.

Jika hal sedemikian Pakatan Harapan Negeri Sembilan tidak faham, apatah lagi jika menang, mudah sahaja mereka diperbodohkan oleh DAP.

Nasihat Mufti mudah sahaja, jangan jadi munafik bukan dia kata Tun Mahathir munafik. Mengapa Mohamad Rafie meloncat mempertahankan DAP secara bersungguh-sungguh?-MYKMU.NET

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.