Laporan Rasuah Ke Atas MK2 Tanda Azmin Cemas

Tindakan Pemuda Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menunjukkan pimpinan Pakatan harapan Selangor berada dalam keadaan cemas dan terdesak.

Laporan SPRM yang dibuat oleh Adhif Syan Abdullah, Ketua Pemuda PPBM Selangor, ini dipercayai bertujuan menjejaskan imej Johari Ghani yang diuar-uarkan akan dicalonkan oleh Barisan Nasional ke Dewan Undangan Negeri Selangor dalam Pilihan raya Umum akan datang.

Minggu lalu, Mykmu.net menerbitkan berita bercorak spekuluasi mengenai kemungkinan Johari Ghani akan ditonjolkan antara calon Menteri Besar Selangor. Spekulasi ini kemudiannya kian kencang berikutan liputan akhbar Sinar Harian dan Astro Awani. Pandangan para penganalisis politik agak positif mengenai spekulasi ini.



Mungkin kerana cemas dan terdesak Azmin Ali mengarahkan Pemuda PPBM membuat laporan SPRM ke atas Johari Ghani membabitkan isu lama semasa beliau menjadi Pengerusi Uda. Difahamkan laporan tersebut membabitkan tanah UDA yang dikenali sebagai Projek Pembangunan Semula Tanjung Tokong dan Pulau Jerejak Pulau Pinang.

Laporan yang dibuat kepada SPRM termasuk kononnya ada pertemuan sulit antara Johari Ghani, yang menjadi Pengerusi UDA ketika itu, dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam menentukan pemilihan syarikat dan sebagainya.

Jika Azmin dan DAP Pulau Pinang jujur ada unsur rasuah, tentulah mereka telah membuat laporan SPRM sejak pertemuan tersebut, bukannya hari ini menjelang pilihan raya umum.

Ini bukanlah agenda membanteras rasuah tetapi lebih kepada kerja politik kotor Pakatan Harapan kerana bimbang Johari akan membawa masalah kepada Pakatan Harapan di Selangor.-MYKMU.NET

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.