Kementerian Kesihatan Malaysia Perlu Jadi Pemangkin Industri Bukan Pembuli

Oleh Ab Jalil Backer

1. Kesungguhan KKM membanteras amalan kesihatan merbahaya termasuk makanan kecantikan dan barangan kosmetik sangat dihargai.

2. Namun KKM sebagai badan pengawal industri kesihatan utama negara harus bertindak bukan sahaja sebagai penguatkuasa peraturan, tetapi juga pemangkin industri.



3. Industri kosmetik merupakan bisnes yang mencecah berbilion ringgit dan kebanyakan mereka pula adalah usahawan Bumiputera. Industri kosmetik ini juga banyak membantu usahawan kecil keluar dari kemiskinan.

4. Kebelakangan ini kelihatan ada berlaku semacam “perang” antara KKM dan para usahawan kosmetik. Ketika kita tidak mahu rakyat terjejas dengan kesan sampingan yang serius akibat penggunaan barang kosmetik, KKM juga perlu berlaku adil kepada pengusaha.

5. Saya difahamkan antara punca isu ini ialah KKM tidak bersikap telus dalam mengumumkan arahan penarikan produk.

6. Antaranya, usahawan kosmetik tidak pernah dipanggil berbincang sebelum pengumuman arahan penarikan dibuat. Laporan makmal KKM yang menjadi asas kepada penarikan produk juga tidak pernah diberi kepada pengusaha.

7. Lebih serius arahan penarikan produk secara terbuka bukan sahaja merugikan pelaburan berjuta ringgit usahawan terhadap sesuatu jenis produk, tetapi juga merosakkan jenama kecantikan tersebut secara keseluruhan.

8. Ini bukanlah bermakna KKM perlu berdiam diri melihat produk kecantikan merbahaya dalam pasaran.

9. Sebaliknya, KKM perlu ada garis panduan jelas seperti perlu menghantar sampel sebelum dikeluarkan sesuatu produk; perbincangan berkala dengan pihak industri setiap tahun; dan menjadi telus dengan para usahawan kosmetik apabila membabitkan laporan makmal.

10. KKM juga perlu menghentikan tindakan memburukkan para pengusaha kosmetik menggunakan akaun-akaun palsu di media sosial. Jika bukan dari dalam KKM sendiri bagaimana akaun-akaun palsu ini boleh membocorkan tindakan-tindakan yang akan diumumkan oleh KKM pada masa hadapan?

11. Ketika KKM “membuli” pengusaha kosmetik tempatan, kedai ubat tradisional yang menggunakan pelbagai campuran bahan tidak pula diperiksa dengan teliti.

12. KKM juga kelihatan mendiamkan diri membabitkan dakwaan jenama besar mengiklankan produknya sebagai makanan kesihatan walaupun mempunyai peratusan gula yang tinggi.

13. Janganlah kerana mereka ini usahawan Bumiputera dan tempatan yang kecil maka KKM membuli sesuka hati.

2 thoughts on “Kementerian Kesihatan Malaysia Perlu Jadi Pemangkin Industri Bukan Pembuli

  • March 7, 2018 at 9:30 AM
    Permalink

    Moga industri komestik tempatan berkembang dan maju serta keselamatan buat pengguna terjamin.
    Dalam suasana ekonomi yang sedang berkembang ini menyekat dalam keadaan paksa bukanlah satu pilihan, malah boleh merencatkan pelaburan dari syarikat tempatan.

    Moga KKM mengambil usaha kearah saranan yang dinyatakan

    Reply
  • March 7, 2018 at 11:55 PM
    Permalink

    Kandungan gula tinggi airgas Dan minuman dalam tin dan botol patut di tengok oleh kmm itu,

    bukan sahaja itu kkm patut tengok terutama produk thailand dan korean masuk secara meluas dipasaran malaysia adakah mendapat kebenaran kmm untuk masuk ke dalam malaysia ini..

    Sepatut kkm kena kena bayaran rendah pada produk pks ke yg menbuat produk kecantikan dan kesihatan tempatan, kebanyakan mereka tak ada sijil kkm iktiraf di malaysia ini, jika ada orang kampung buat produk kecantikan Dan kesihatan kkm sepatut menbantu mereka ujian test produk supaya mendapat kelulusan kmm itu dengan kena bayaran rendah untuk pks kampung kalau boleh semua negeri ada jabatan test produk kecantikan dan kesihatan buat ujianya..

    Jika ada sesuatu produk beracun kkm harus panggil perusaha kecantikan dan kesihatan tarik produk mereka dipasaran, jika penguna yg ada sakit perusaha harus bertanggun jawab dan menbayar ganti rugi, umum penarikan produk dipasaran..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.