Karnival Kad Ceria Putrajaya

Karnival Kad Ceria Putrajaya akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Mac ini di Dataran Putrajaya bagi mendekati para penonton serta mempromosi Channel W kepada orang ramai.

Channel W dulunya satu-satu nya saluran televisyen di Malaysia khusus untuk perniagaan, ekonomi kini mengembangkan penerbitannya kepada berita dan isu-isu semasa.

Ketua Pengawai Eksekutif Channel W, Noor Azman Yusof berkata karnival anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan berkata Channel W, yang telahpun beroperasi sejak 1 Nov 2011, dan disiarkan dari Pusat Penyiaran di Damansara Perdana, membawakan program-progrma yang boleh memberi inspirasi untuk lebih maju serta dijadikan motivasi menjana pendapatan melalui perniagaan.

“Channel W akan menjadi rakan kolaborasi strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengetengahkan aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha kementerian agar rakyat memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

“Orang ramai perlu tahu akan usaha transformasi yang dilakukan ketika ini oleh kerajaan akan memastikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Channel W turut akan menjalankan uji bakat pembaca berita, selain para pengunjung juga boleh menyertai aktiviti sukan yang menarik, meneroka sesi budaya, melawat pameran makanan dan produk di sepanjang karnival ini.

Saluran Channel W ini boleh didapati melalui Unifi TV dan disiarkan secara percuma melalui saluran #634. Ia juga boleh ditonton di media social seperti Youtube www.channelw.my, Facebook dan laman sesawang.
— BERNAMA
CS CS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.