Jika Pecat Anwar Satu Kesilapan, Mustahil Mahathir Betul Hari Ini

oleh Ab Jalil Backer

Sewaktu memecat Anwar Ibrahim pada 1998, Mahathir mempunyai segala kuasa, maklumat dan jentera untuk memastikan beliau membuat keputusan yang betul.

Hari ini Mahathir mengaku silap pecat Anwar Ibrahim.



Dengan segala akses dan kuasa mendapat maklumat ketika itu, beliau boleh membuat satu keputusan yang salah menyebabkan kekecohan negara dan mengaibkan keluarga Anwar.

Jadi apakah kemungkinan untuk Mahathir yang tidak punya apa-apa akses, dikelilingi oleh mereka yang tidak mempunyai maklumat dan tidak mempunyai pasukan perisikan boleh membuat keputusan betul mengenai Pentadbiran Najib Razak hari ini? Mustahil!

Yang tidak mustahil ialah Mahathir sekali lagi akan mengejutkan negara apabila partinya kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir adalah sesumpah politik yang berubah warna mengikut keperluan politik beliau.

Hari ini beliau menyalahkan Polis punca beliau memecat Anwar Ibrahim.

Esok siapa lagi orang sekelilingnya akan menjadi kambing hitam?

Ketika itu tidak mustahil beliau berbaik semula dengan Najib Razak dan mendakwa perjuangannya hari ini salah kerana ditipu oleh Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Sarawak Report dan usahawan-usahawan Cina yang rapat dengn beliau.

Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat peribadinya. Mengaku silap memecat Anwar Ibrahim bukanlah satu-satu tindakan terakhir beliau dan bukan yang pertama.

2 thoughts on “Jika Pecat Anwar Satu Kesilapan, Mustahil Mahathir Betul Hari Ini

  • March 13, 2018 at 12:31 PM
    Permalink

    Kalau Mahathir tak pecat Anwar ,Mahathir dan kroninya yg akan di penjarakan oleh Anwar kerana korupsi dan salah guna kuasa sudahnya.

    Reply
  • March 13, 2018 at 6:24 PM
    Permalink

    Mahathir beranggapan ke tuaan beliau akan membatalkan apa apa prasangka buruk jika di pamerkan.Untuk pengetahuan, mahathir mempunyai sisi gelap,malah lebih tua lebih gelap dan hitam sisi gelapnya.Menipu dan bohong membohong adalah agama dan pegangan mahathir.Ugama Islam bagi mahathir berkedudukan jauh di belakang doktrin politik.Politik semuanya halal toyiban.Jika mahathir berpaksikan agama islam,lama sudah dia pencen politik dan bermuhasabah serta berjirankan surau dan masjid pada usia 9 series.Jadi,sisi gelap mahathir makin hari makin bertambah gelap dan lebih hitam dari standard hitam spektrum kerana usia 93 dan masih berbohong,fitnah,adu domba dan khianat akan memakan diri sendiri.Ciri ciri sifat tercela dan keji sudah lama ada dan mahathir sudah menjadi spesis keji paria politik.Aduhai mahathir.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.