Jawapan Kepada Rais Yatim – Kerajaan Tidak Ada Sebab Mencari Jho Low

KITA tidak seharusnya terkejut dengan kenyataan beberapa orang bekas Menteri era Mahathir yang mula bersuara tentang 1MDB, Jho Low dan kapal yang dikatakan miliknya baru-baru ini.

Orang-orang ini sudah veteran dalam politik dan mereka pun tahu isu 1MDB ini hanyalah mainan politik Mahathir nak jadi Perdana Menteri semula saja (sebelum melantik anaknya sendiri ke jawatan itu).

Pendekatan menjadikan 1MDB sebagai asas untuk menjatuhkan Perdana Menteri hari ini sebenarnya sama saja seperti Mahathir menggunakan syarikat seperti Scomi, Ethos Consultant dan beberapa yang lain dahulu ketika mahu menjatuhkan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dulu.

Paklah turun saja, tak siapa mendengar lagi tentang semua syarikat tersebut.

Tapi kenapa para bekas Menteri era Mahathir ini tetap masuk dalam perangkap politik berkaitan 1MDB?  Sebabnya mudah, besar kemungkinan Mahathir sudah ugut orang-orang ini untuk bersuara.  Mahathir memang terkenal dengan pendekatan mengugut agar orang mengikut telunjuknya.

Seperti dia sudah tahu Anwar meliwat dari tahun 1993 lagi seperti yang dimaklumkan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kepadanya tapi dia memilih untuk mendiamkan perkara itu dan hanya mendedahkannya hanya setelah Anwar mula memberi ancaman kepadanya pada tahun 1998.

Apatah lagi kita semua tahu bekas-bekas Menteri yang bercakap tentang 1MDB ini, banyak terpalit dengan pelbagai skandal ketika menjadi anggota kabinet Mahathir dan selepas itu. AP lah, rogol pembantu rumahlah, dan sebagainya.  Dengan Mahathir lebih berminat memburukkan imej individu yang tidak disukainya tanpa mempedulikan kebenaran dibelakangnya, kita tak hairan kalau orang-orang ini ikut jugak telunjuknya.

Orang berpengalaman dalam bidang undang-undang seperti Rais Yatim, dia pun tahu tidak ada sebab kenapa kerajaan mahu mecari Jho Low kerana tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukannya.  Polis sendiri sudah menutup kes berkaitan kerana Mahathir hanya tahu lempar tuduhan, asas dan bukti kepada tuduhan tersebut tidak disertakan.

Justeru, amat tidak masuk akal Rais Yatim bercakap guna fakta, melainkan ada benda lain yang mendorongnya untuk berkata demikian – yang mana kita percaya kerana diugut Mahathir.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Jawapan Kepada Rais Yatim – Kerajaan Tidak Ada Sebab Mencari Jho Low

  • March 17, 2018 at 4:03 PM
    Permalink

    Betul ke Rais Yatim ada pinjam di CCB RM20j, hingga CCB bangkrup? simpanan sy ada sikit tersangkut kat situ.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.