Hentikanlah berlumba-lumba menghimpun dosa kerana Neelofa.

oleh Kang Nasir

Melihat status kecaman netizen terhadap Neelofa Hijab saya rasa bersalah pula jika tidak share titik jalan penyelesaian ikut islam.

Umumnya. Cara dia memang salah. Tapi mudaratnya dari perbuatannya itu pada diri dia dan tidak mudarat pun pada diri kita asalnya. Pelancaran hijab Be Lofa di kelab malam ni macam mabuk sebelum minum je. Lagi pun tudung tu ada antaranya tidak menepati syarak tidak menutup bahagian dada sebagaimana yang dituntut dalam surah An Nur ayat 31.



Jika kita nak bicara soal aurat wanita yang wajib dan yang dituntut secara mudahnya sebagaimana pakai telekong masa solat begitulah yang diwajibkan ikut syarak. Iaitu memakai pakaian labuh menutupi sekujur tubuh kerana sekujur tubuh wanita adalah perhiasan. Yang boleh didedahkan cuma muka dan tapak tangan. Pakai seluar ketat baju ketat pakai tudung bukan bermakna tutup aurat kerana dalam hadis Rasulullah saw umpamakan seperti telanjang.

Dosa khilaf Neelofa Hijab tu antara dia dengan Allah. Dosa kita mencaci mencela itu pula boleh terjebak dengan #DosaBerantai. Dosa itu berkait antara dosa kita kepada Allah dan dosa kita pada dia serta dosa kita terlanjur mengajak kawan-kawan ikut sama merapu mencaci mencela.

Saya syorkan hentikan kecaman pada Neelofa, bukan kerana beliau PRO BN. Dia pun macam kita juga perlukan bimbingan. Sepatutnya yang wajib kita kecam itu #PakLebai yang tidak membimbing kita kerana bersusah payah sebok ikut #DAPLAKNAK asyik cari salah PM fitnah PM walau kat masjid. Kalau Siti Kasim dan Marina tu cantik macam Neelofa. Tentu berlumba-lumba PakLebai dan mufti ingatkan mereka kan? Dunia dunia. Begitulah realiti nya semua terkeliru dibuatnya.

Neelofa Hijab yang kalian kecam sekurang-kurangnya berjasa pada negara dari hasil cukai dan zakat yang beliau tunaikan itu membantu kerajaan bagi mengagih bantuan pada yang memerlukan.

Penjawat awam ustaz cikgu dan lainnya antara nitezen yang mengecam Neelofa Hijab. Saya syorkan jangan keterlaluan kerana gaji kalian dari cukai yang dia bayar. Serupalah #CaiDAP yang #HilangAkal mencaci melaknat PM tapi BR1M bila lewat atau tak dapat terus melaknat.

Jika nak kata sumber dia haram kerana dikelab malam adakah anda fikir pahala besar pada lebai berdakyah dimasjid jual agama jual ayat suci menghasut kalian mengajak kalian ikut sama memfitnah mencaci mencela konon dizalimi pemimpin? Halalkah sumber dari perbuatan keji tercela itu? Jika anda fikir halal Rasulullah saw umpamakan mereka seperti srigala dan Allah umpamakan mereka seperti anjing yang menjelir lidah.

Sahabat perlu faham. Saya menyeru hentikan kecaman pada neelofa bukan bermakna saya menyokong kemungkaran. Kemungkaran yang mudarat itu dari kecaman caci cela status kita sendiri.

Cuba anda fikir yang mana lebih mudarat antara promosi jual tudung dikelab malam dengan menjual agama dimasjid bermodalkan quran dan hadis untuk memfitnah mencaci mencela mengajak makmum ikut sama memfitnah mencaci mencela?

Sebab tu saya tak salahkan dia. Dia pun macam kita perlukan bimbingan.

Nasihat saya pada diri juga pada semua khususnya Neelofa. Dahulukanlah redha Allah agar terhindar dari kemungkaran dan fitnah dunia. Dan hindari diri dari ujub bangga diri kerana perasaan itu dibangkitkan oleh syaitan sehingga tanpa sedar bangga terjun keneraka kerana syirik. Dalam #TASAWUF bangga diri juga merosakan hati.

3 thoughts on “Hentikanlah berlumba-lumba menghimpun dosa kerana Neelofa.

  • March 1, 2018 at 10:23 AM
    Permalink

    Hakikatnya kita suka berlumba-lumba menghimpun dosa sambil memberi pahala kepada orang yang kita kata itu. Dalam beribu kecaman yang beliau terima tersembunyi berjuta pahala yang disedekahkan oleh mereka yang suka memberi kecaman itu.

    Reply
    • March 3, 2018 at 3:46 PM
      Permalink

      Tapi kena ingat juga, zouk tu tempat maksiat, memang akan dijangka kecaman akan diterima!

      Reply
      • March 9, 2018 at 6:07 PM
        Permalink

        Apabila yg empunya diri tu dah memohon maaf, hentikanlah kecaman kerana ia merugikan di dunia dan di akhirat kelak.

        Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.