Hapus GST Kembalikan SST Maksudnya Pakatan Nak Naikkan Cukai

PUNYALAH lama kita menantikan apa dia cukai baru yang Pakatan nak tawarkan kepada rakyat untuk menggantikan sistem GST yang dilaksanakan kerajaan sekarang, rupanya dia nak perkenalkan SST balik.

Apa dia SST ni?  SST ialah cukai yang berkadar antara 5%-20%.  Nombor satu akan naik bila SST diperkenal semula ialah harga kereta kerana sebelum GST, SST untuk kereta ialah 10%.  Sebab itu bila GST diperkenalkan April 2015. yang pertama turun ialah harga kereta.

Dalam erti kata lain, Pakatan bantah 6% tapi dia nak perkenal cukai antara 5% hingga 20% – cukai naiklah. Toksah cerita lagilah betapa mudahnya peniaga melarikan diri dari membayar cukai ini kepada kerajaan, kutip dari pembeli tapi tak pulang balik kepada kerajaan. Kalau cerita yang ini, lagi masalah Pakatan nak menjawab balik nanti.



Dok heboh kata 6% ni membebankan rakyat tapi dia nak introduce cukai yang peratusnya lebih tinggi pulak, macam mana cerita? Peratus cukai SST paling minima ialah 5%, GST hari ini 6% tapi GST tak naik lebih dari 6% dah sedangkan SST boleh cecah 20%.  Dengan macam mana menaikkan cukai dari 6% kepada 5%-20% boleh mengurangkan beban rakyat?  Tak hairan cadangan ini ditolak oleh puak-puak yang ada kaitan dengan dia sendiri macam IDEAS dan sebagainya.

Pelik, Muhyiddin dia tau pasal benda ni, dulu dia jugak yang bercakap mengenainya (betapa SST lebih merugikan rakyat dari GST), dah sekarang dia sekali ikut sokong pulak bila SST nbak diperkenalkan balik? Lihat video kat bawah ni sebagai bukti:-

Maka itu rakyat perlu tolak orang-orang ini semua kerana mereka bercakap tak pakai fakta, dalam banyak hal (Muhyiddinlah sebagai contoh) fakta yang dia sendiri tahu dan pernah pertahankan pada satu masa tak berapa lama dahulu.

Lebih penting lagi, SST atau GST ni hanya nama, yang lebih utama ialah sistem kutipan itu secara keseluruhan. Dengan GST lebih diiktiraf sebagai sistem yang lebih berkesan berbanding SST – melihat kepada jumlah negara dalam dunia yang dah dan bakal mengamalkannya, hanya orang bodoh saja yang membawa negara balik ke belakang dengan mengamalkan SST semula.

GST menyebabkan harga barang naik? Sejak bila harga barang turun? Kalau ada, sila nyatakan barang apa dan zaman bila? Nak bagi harga barang murah sentiasa, gaji jangan naik, bekalan mesti semuanya didapati dalam negara ni, ada ka macam itu sekarang?

Dah, jangan jadi bodoh.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.