Beza Masalah Air Selangor dan Negeri Lain

Oleh Ab Jalil Backer

Masalah bekalan air bersih akan sentiasa ada kerana negara masih belum mampu menyediakan infra air terbaik di seluruh pelusuk negara yang boleh tahan luas dan muka bumi yang pelbagai.

Yang kita marah ialah apabila Pakatan mengambil alih infra air terbaik negara di Lembah Klang, mereka telah “memusnahkan” segala perancangan seperti beruk dapat bunga”.

Berdekad lalu kita membina infra air terbaik di Lembah Klang kerana ia nadi pertumbuhan ekonomi negara. Melalui pertumbuhan ekonomi ini akan menjana hasil kepada negara supaya dapat bangunkan kawasan lain pula.

Sejak 10 tahun lalu kerajaan Pakatan Selangor telah diingatkan tentang keperluan melakukan penstrukturan semula air Selangor, mengganti paip-paip lama, menaik taraf loji air dan menyegerakan loji Langat 2. Semua ini diabai dan dilengah-lengahkan.

Mereka lebih berminat berpolitik dan berpolemik dalam hal air sehinggalah berlaku krisis air.

Kita bernasib baik kerana tahun ini tidak terjadi fenomena el nino atau kemarau panjang. Jika tidak pasti krisis ini lebih parah.

Perkara paling bodoh ialah macai-macai Pakatan mengungkit masalah air negeri lain sebagai usaha menyimpang isu air di Lembah Klang.

Apa yang mereka tidak sedar ialah masalah air di negeri lain kerana keadaan infra yang kurang baik. Ini disebabkan kekangan kewangan kerajaan dan juga masalah penyelewengan peruntukan di Sabah.

Masalah air di Selangor ialah kegagalan kerajaan Pakatan menguruskan infra air yang terbaik di negara ini walaupun telah diingatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan bekas Menteri Besar Selangor dari BN.

Jadi macai bila dapat isu air negeri lain, jangan jadi seperti beruk kena belacan. Terimalah hakikat kepimpinan Pakatan di Selangor telah gagal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.