Benarkah mencaci mencela PM kerana harta tak berdosa?

oleh Kang Nasir

Sedangkan Allah melaknat orang yang mencaci mencela kerana kepentingan dunia inikan pula sampai menghimpun dosa yang berantai jadi pembunuh?

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;”
(Al-Humazah : ayat 1-2)



Saya pun boleh kata saya memerangi ustaz adalah JIHAD kerana menyelamatkan saudara mukmin yang ustaz ajak terjun keneraka. Dan saya juga boleh umpamakan ustaz persis seperti anjing yang menjelir lidah. Bukan itu saja. Ustaz juga seperti DAJJAL & Srigala.

Jadi sekarang ustaz nak pilih gelaran yang mana sesuai untuk ustaz.
1 – Ustaz Srigala.
2 – Ustaz Anjing.
3 – Ustaz Dajjal?

1 – Ustaz Srigala.

Ustaz berhati srigala ni dari perumpamaan Rasulullah saw tentang ulama yang rakus buas nafsu dunia mempergunakan kesucian agama mengejar keuntungan pangkat darjat untuk dunia.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(H.R Termizi)

2 – Ustaz Anjing.

Anjing yang menjelir lidah ni pula dari perumpamaan yang Allah umpamakan kepada ulama dan para ilmuan yang tahfiz tapi ingkar kepada ayat-ayat Allah dengan mempergunakan ayat suci untuk kepuasan nafsu kepentingan dunia walhal sepatutnya dengan ketinggian ilmu itu Allah tinggikan darjat ustaz dan #PakLebai politik dan #PakWahab. Malangnya sendiri yang memilih jalan keji hina menzalimi diri.

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.”
(Al-A’raaf : ayat 175-177)

3 – Ustaz Dajjal.
Ustaz Dajjal ni Rasulullah saw dah beri contoh dalam Hadis fitnah terbesar Dajjal diakhir zaman.

ﺇِﻥَّ ﺃَﺧْﻮَﻑَ ﻣَﺎ ﺃَﺧَﺎﻑُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺭَﺟُﻞٌ ﻗَﺮَﺃَ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥَ ﺣَﺘَّﻰ ﺇِﺫَﺍ ﺭُﺋِﻴَﺖْ ﺑَﻬْﺠَﺘُﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ، ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺭِﺩْﺋًﺎ ﻟِﻠْﺈِﺳْﻠَﺎﻡِ، ﺍﻧْﺴَﻠَﺦَ ﻣِﻨْﻪُ ﻭَﻧَﺒَﺬَﻩُ ﻭَﺭَﺍﺀَ ﻇَﻬْﺮِﻩِ، ﻭَﺳَﻌَﻰ ﻋَﻠَﻰ ﺟَﺎﺭِﻩِ ﺑِﺎﻟﺴَّﻴْﻒِ، ﻭَﺭَﻣَﺎﻩُ ﺑِﺎﻟﺸِّﺮْﻙِ ‏» ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗُﻠْﺖُ : ﻳَﺎ ﻧَﺒِﻲَّ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﺃَﻳُّﻬُﻤَﺎ ﺃَﻭْﻟَﻰ ﺑِﺎﻟﺸِّﺮْﻙِ، ﺍﻟْﻤَﺮْﻣِﻲُّ ﺃَﻡِ ﺍﻟﺮَّﺍﻣِﻲ؟ ﻗَﺎﻝَ : ‏« ﺑَﻞِ ﺍﻟﺮَّﺍﻣِﻲ »
“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca Al-Qur’an, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap al-Qur’an dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari al-Qur’an, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai nabi Allâh,
siapakah yang lebih pantas disebut musyrik , penuduh atau yang dituduh?”. Beliau menjawab, “Penuduhnya”.
(HR. Bukhari No. 3201 ) .

Semua tu sebijik macam perangai ustaz kan?
Jika saudara dan saudari anggap ini adalah penghinaan dan fitnah. Seperti sebelum ini iaitu lebih 8 tahun lalu pernah saya kongsikan seruan saya pada ATGNA sehingga sekarang ini pun arwah masih menghimpun #DosaJariah disebabkan fatwa songsangnya. Begitulah kongsian ini. Ambil apa yang saya kongsikan buat lapuran pada mana-mana jabatan agama islam dan polis atau suruhanjaya multi media agar saya berhenti dari mengingatkan untuk kebaikan kalian. Selagi mereka tidak berhenti jadi srigala, anjing dan dajjal selagi itulah saya terus menulis untuk mengingatkan
Semoga Allah selamatkan kita dari fitnah Dajjal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.