Azmin tolong jangan ‘cari pasal’ dengan penjawat awam

Susulan mahu mencampak Zaini Ujang ke dalam empangan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu lebih bijak dalam memilih tutur kata supaya tidak dilihat ‘mencari pasal’ dengan penjawat awam yang akhirnya boleh merugikan negeri itu sendiri.

Ini seperti mana kenyataan beliau Sabtu lalu yang mahu ‘mencampak’ Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke dalam empangan semata-mata untuk membuktikan bekalan air mencukupi.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, walaupun tujuan Mohamed Azmin untuk berseloroh, namun penggunaan bahasa seperti itu adalah berbentuk ‘ala gangster’ yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Menteri Besar.

Tambah Jacob, sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat, Mohamed Azmin sepatutnya menunjukkan imej yang baik dan bijak mempertahankan hujah walaupun dalam keadaan marah.

“Apabila isu air dibangkitkan beliau tidak boleh marah dan memberi ugutan sebaliknya perlu memberikan jawapan dengan cara yang lebih profesional.

“Isu air Selangor bukan perkara baharu, masalah ini sudah lama berlarutan dan sekali gus menjejaskan nama baik Selangor terutama dalam kalangan pelabur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini Mohamed Azmin mengeluarkan kenyataan ingin ‘mencampakkan’ Dr. Zaini ke dalam empangan semata-mata untuk membuktikan bekalan air di negeri itu mencukupi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Dr. Zaini memberitahu margin bekalan air di Selangor pada masa ini berada pada kadar kosong peratus di mana bekalan tersebut sekadar cukup untuk diedarkan kepada pengguna menerusi paip dan tiada stok air lebihan dalam tangki besar bagi kawasan perumahan atau perindustrian.

Sementara itu, Jacob berharap perkara yang berlaku Sabtu lalu itu tidak berulang dengan Mohamed Azmin perlu lebih sensitif dengan memilih kata-kata yang dilihat tidak ‘mencari gaduh’.

“Setiap pemimpin perlu menjadi contoh kepada masyarakat dengan menunjukkan imej yang baik.

“Apabila duduk di kerusi Menteri Besar jangan fikir beliau bebas mengeluarkan apa-apa kenyataan termasuk yang berhak menyinggung perasaan pihak lain apatah lagi penjawat awam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

2 thoughts on “Azmin tolong jangan ‘cari pasal’ dengan penjawat awam

  • March 20, 2018 at 11:56 PM
    Permalink

    cuba rakyat, ngo atau badan korporat di Selangor buat ‘pesta air’ ditepi empangan lepas tu jemput musibat anak haram azmin ni datang untuk rasmikan pesta, tengok dia ada lanciau atau tak nak datang

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.