Azmin Kena Jawab Dgn Rakyat, Bukan Najib

MASALAH air di Selangor ni nampak sangat hanya nak dijadikan isu politik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan.  Dari cara ia bermula, masa ia berlaku dan sebagainya, jelas keseluruhan isu ini hanya untuk dipolitikkan sahaja.

Persoalan seperti kenapa kerosakan yang dikesan 2 tahun lepas hanya mula nak diperbaiki sekarang, kepakaran yang kononnya tidak ada dan aduan rakyat tidak dipedulikan tapi bila Perdana Menteri buka mulut tak sampai 24 jam Menteri Besar pun bersuara – nampak sangat Azmin tak peduli rakyat menderita, dia hanya nampak peluang bagaimana nak jadikan isu ini sebagai isu politik.

Azmin terlupa, dia bukan kena jawab kepada Datuk Sri Najib Tun Razak, dia kena jawab kepada rakyat yang sengsara tidak ada bekalan air.  Bukan sikit yang terjejas ni, beratus-ratus ribu kalau tak berjuta orang – majoriti rakyat miskin kerana berdasarkan pemerhatian penulis, hanya kawasan mereka saja yang banyak terlibat, kawasan orang kaya hampir tidak ada masalah langsung.

Pasal air pun ada diskriminasi antara kaya dengan miskin ke?



Orang macam ini, parti macam ini jelas tak boleh dipakai.  Bukan Azmin saja, zaman Khalid Ibrahim dulupun masalah ini dah bermula.  Celaka Khalid pulak, bila dia dah nak kena buang, masa itu baru terhegeh-hegeh nak memulakan projek Langat 2 yang boleh elak krisis ini dari berlaku – menunjukkan ini masalah organisasi (Pakatan) bukan individu walaupun mereka ada peranan.

Sekarang ni dengar pulak dakwaan bahawa pembaikan hanya bermula sekarang sebab nak cari peluang kumpul dana pilihanraya, maklum sajalah kerajaan Selangor ada 30% kepentingan dalam Syabas.  Bila difikirkan balik macam ada betulnya jugak sebab tahun 2013 dulu pun – sebelum PRU13 bermula, keputusan bekalan air pada skala besar seperti sekarang, turut berlaku.

Bekalan air di Selangor – sejak Pakatan ambik alih memang selalu bermasalah, cuma bezanya pada skala besar atau skala kecil sajalah.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.