Apa Jadi Kepada Kapal Jho Low Yang Dirampas, Anggota Polri Diresapi CIA?

Setelah ditahan oleh Polis Indonesia dengan bantuan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) minggu lalu, tiada siapa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada kapal The Equanimity, yang didakwa milik jutawan Jho Low.

Kapal tersebut ditahan oleh Polri atas alasan diminta oleh FBI untuk kes Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), bagi membantu perbicaraan mereka di mahkamah dalam didakwa pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Namun kini terdapat tanda tanya besar dalam kejadian tersebut. Setelah diberi liputan meluas oleh media Indonesia dan antarabangsa sebagai kapal terkait wang 1MDB, tiada apa-apa laporan menyatakan nasib kapal yang ditahan tersebut.



Malahan lebih mengejutkan, apa yang didakwa sebagai kerjasama Polri-FBI kini menimbulkan syak wasangka baharu. Sumber Indonesia memberi tahu operasi antarabangsa tersebut dijalankan tanpa pengetahuan pengurusan tertinggi Polis dan pentadbiran Indonesia.

Kini terdapat usaha untuk mengadakan siasatan dalaman sama ada Polri sudah diresapi unsur CIA atau terdapat unsur rasuah dalam operasi ini kerana ia dijalankan tanpa mengikut prosedur sepatutnya.

Kisah penyitaan pada 1 Mac itu dilaporkan oleh pelbagai media seperti berikut :

“Bareskrim Polri menyita kapal Equanimity di Pelabuhan Benoa, Bali,” kata Direktur Tindak Pidana Ekonomi dan Khusus Bareskrim Polri Brigjen Agung Setya ketika dikonfirmasi, Rabu malam.

Selepas kekecohan tangkapan tersebut, yang didakwa tanpa pengetahuan Ketua Polis Indonesia (Kapolri), sidang media khas yang sepatutnya dilakukan oleh Brigjen Agung Setya susulan penyitaan tersebut telah dibatalkan.

Malahan isu ini kian menarik apabila Tribune News melaporkan Kapolri telah memindahkan Agung Setya ke Badan Intelijen Negara (BIN) pada 8 Mac lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.