‘Mugadet’, ‘Perompak’ Dan Pelbagai ‘Isme’ Lebih Memalukan…

Share


Hari ini, warga emas itu menulis lagi. Dia menulis tentang keburukan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN yang mengemudi negara sebagai Perdana Menteri. Dia berbicara soal ‘malu’. Dalam usia tuanya, dia cuba sedaya upaya memperlekeh Dato’ Seri Najib Tun Razak di mata rakyat.

Dia mendakwa Najib seorang ‘pencuri’. Itu kata dia, seorang warga emas yang bercita-cita mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib. Dia tuduh suatu yang tidak berasas, tidak benar dan hanya persepsi semata-mata.

Untuk menjatuhkan Najib, mengata anak tiri Najib. Tapi dia tidak tengok anak-anak kandungnya sendiri. Kaya rayanya ‘luar biasa’. Ada yang liberal, menyokong penuh LGBT. Malah khabarnya ada yang tidak bermoral? Bagaimana dengan menantu dan cucu? Khabarnya yang perempuan ada yang berseluar pendek, ‘tak cukup kain’?

Penulis rasa, tidak perlulah disebut nama atau mengata anak menantu atau cucu-cicit warga emas itu. Kita doakan saja supaya kembali ke pangkal jalan. Kita sangka yang baik-baik saja. Kita bukan kemaruk kuasa nak jadi Perdana Menteri macam dia, bukan?

Konon dia mendakwa pemimpin-pemimpin dunia tahu Najib melakukan jenayah ‘mencuri’. Jika benar begitu, penulis tidak rasa mereka akan menjemput Najib ke majlis mereka. Sudah tentu mereka tidak mahu terpalit sama.

Tapi nampaknya Najib tetap juga disambut mesra, diyakini, dihormati, disegani kawan dan lawan. Sebagai contoh, warga emas itu beri ‘arahan’ kepada Perdana Menteri Australia supaya tidak bergambar dengan Najib.

Namun sebaliknya yang berlaku. Bukan saja beliau bergambar dengan Najib, malah berbincang mesra lagi tentang hubungan diplomatik yang makin erat. Nampak sangat Perdana Menteri Australia langsung tak hormat pada ‘arahan’ warga emas. Tak laku langsung, bukan?

Pada pandangan penulis, satu dunia tahu tentang perangai buruk warga emas itu. Mereka bukan tak kenal perangainya. Bila tak dapat apa yang dia mahukan dari seseorang, dia serang orang itu. Mujurlah dia jadi Perdana Menteri di Malaysia saja. Kalau dia jadi Presiden US, mungkin dia sudah berperang dengan semua negara yang tak sebulu dengannya…

Dia menuduh Najib sebagai pencuri. Tapi dia tidak ingat apa yang Mat Sabu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ku Li, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan bekas-bekas Perdana Menteri kita yang lain bercakap mengenainya?

Dia lupakah bahawa dia itu perompak, memetik kata Mat Sabu? Dia tak ingatkan dia dianggap sebagai perasuah, penyeleweng, perosak, penyangak, kuku besi, maha-firaun, maha-zalim, kuku besi, diktator, nepotisme, kronisme dan banyak ‘isme’ lagi?

Jika warga emas itu lupa, eloklah dia bertanya pada rakan-rakan sekutunya sekarang sementara dia masih hidup dan mereka juga masih bernyawa. Bukan apa, mereka itulah yang berkata sedemikian, penulis hanya mengingatkan saja.

Bukan itu saja, di luar negara pun kecoh juga menghentam dia dulu. Bukan hanya US, malah negara tetangga Asia Tenggara, negara di Timur Tengah dan negara-negara di benua lain pun pernah dia berkelahi dulu. Itu bukan diplomatik namanya, itu sikap seorang ‘crook’…

Jadi pada hemat penulis, serangan bertali arus daripada ‘ketua pembangkang’ atau ‘pembangang’ itu memang suatu yang biasa. Tuduhan-tuduhan itu bukannya betul pun, tapi sekadar hanya untuk memburuk-burukkan lawan kerana berseteru politik, itu saja.

Bila disebut soal malu, penulis rasa rakyat di Zimbabwe pun tahu rasa malu jika mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah terlalu lanjut usianya. Warga emas itu mahu jadi ‘Mugabe versi Malaysia’? Nak panggil apa nanti? ‘Mugadet’? Jangan buat rakyat Malaysia ketawa…

Warga emasitu perlu tahu bahawa rakyat Malaysia pun tahu malu seperti rakyat Zimbabwe. Malah mereka juga malu berperdanamenterikan perompak, penipu, tukang fitnah, diktator yang mengamalkan nepotisme kronisme dan banyak ‘isme’ lagi.

Jadi, tidak perlulah terlalu beretorik sangat. Jika terlalu kemaruk hendak berkuasa semula pun, berpada-padalah. Jika tidak malu pada anak menantu dan cucu, malulah sama ada rakyat. Jangan tunjuk sangat perangai buruk di penghujung usia. Tak elok begitu.

Jika tahu tidak mampu kalahkan Najib sekalipun pada PRU14 nanti, janganlah main politik ‘kotor’. Islam larang berpolitik berkiblatkan Machiavelli. Jika tidak percaya, cuba tanya Presiden PAS. Penulis yakin dia pun setuju dengan penulis.

Maaflah. Penulis bukan membenci warga emas itu. Kerana sayangkan dialah maka penulis perlu mengingatkan ‘kanak-kanak’ itu. Penulis hargai segala jasanya dan terpaksa ‘menelan’ segala ‘dosa’nya. Kerana sayang padanya, penulis seru supaya dia kembalilah ke pangkal jalan, aminnnn…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *