Hospital Pendang: Orang Kedah Gagal Tunai Janji, Orang Pahang Lunaskan

Share


Sebelum ini, penulis hanya tersenyum sinis melihat juak-juak pembangkang mempersoalkan tentang pembinaan hospital Pendang. Ada yang kata sudah dua kali diletakkan batu asas, konon sudah dua penggal ditangguh, tidak juga terbina hospital yang dijanjikan BN itu.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa cerita tentang dua kali diletakkan batu asas itu adalah suatu yang tidak benar. Malah kononnya ia tertangguh selama dua penggal juga adalah langsung tidak tepat. Entah dari mana cerita tipu itu datang, mungkin dari minda busuk pihak pembangkang sendiri…

Fakta sebenarnya, pengambilan tanah bagi membina hospital Pendang telah bermula sejak 1982 lagi. Ianya disahkan oleh anak jati Pendang yang turut bersama dalam perancangan membina hospital berkenaan, iaitu Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Othman Abdul.

Jadi, adalah jelas bahawa perancangan membina hospital itu telah bermula lebih awal. Siapa Perdana Menteri Malaysia ketika itu, sila google sendiri…

Kemudian, ditakdirkan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pendang ekoran kematian Ahli Parlimennya ketika itu, Almarhum Dato’ Fadzil Noor pada 23 Jun 2002. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Anak Bukit ketika itu. PRK bagi kedua kawasan itu berlangsung serentak.

Maka ketika berkempen itulah ‘warga emas’ itu mengumumkan projek pembinaan hospital Pendang dan susur keluar lebuhraya PLUS di daerah itu sekiranya BN berjaya menang di Parlimen tersebut. Kononnya ‘hadiah’ buat orang Pendang.

Namun begitu, walaupun BN menang pada PRK itu, hanya susur keluar lebuhraya PLUS sahaja yang dibina di Pendang. Namun kelibat hospitalnya masih tidak kelihatan, sekaligus mengundang keresahan Ahli Parlimennya.

Gara-gara rasa tertipu itulah maka BN tewas di kerusi Parlimen Pendang pada tahun 2004. Padahal, BN mencatat kemenangan paling besar dalam sejarah ketika itu. Tapi disebabkan ‘janji yang dicapati’ Perdana Menteri terdahulu, BN ‘hilang’ satu kerusi Parlimen.

Sejak itu, hospital Pendang yang dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri dari Kedah pada 2002 itu tidak terbina. Tapaknya sudah ada sejak 1982, namun langsung tidak dipeduli oleh ‘warga emas’ berkenaan. Dia berjanji untuk orang Kedah, tapi dia ‘capati’?

Bayangkan jarak waktu dari 1982 hingga 2002, ianya memakan tempoh selama 20 tahun. Bila pengambilan tapak dibuat, orang kampung di sekitarnya sudah tentu tahu tujuan pengambilan tanah dibuat.

Heboh satu kampung kerajaan mahu bina hospital untuk mereka. Tapi selepas 20 tahun pun tidak terbina? Mujurlah selepas 2004 hingga 2013, Parlimen Pendang dikuasai pembangkang. Kalau tidak, teruklah pemimpin BN hendak menjawab.

Sinar untuk membina hospital Pendang hanya bersinar kembali apabila Perdana Menteri dari Pahang mengumumkannya dalam RMK11 dan Bajet 2016. Ketika itu, ramai yang panggung kepala, yakin atau tidak, kerajaan sudah umum semula.

Mulanya, kerajaan hanya mahu membina hospital daerah biasa. Namun begitu, atas keprihatinan pemimpin BN tempatan dan restu daripada Perdana Menteri, hospital berkenaan di’upgrade’ menjadi hospital pakar.

Apabila diubah sedikit kategorinya kepada hospital pakar, maka sudah tentulah beberapa perkara juga perlu dikaji semula. Antaranya adalah dari aspek peruntukan kewangan serta spesifikasi-spesifikasi lain dari sudut pelan struktur, pelan arkitek, teknikal perubatan dan sebagainya.

Justeru itu, maka sudah tentulah proses perubahan berkenaan menuntut sedikit tempoh untuk dimuktamadkan secara jelas terhadap projek pembinaan hospital tersebut. Hendak bina hospital pakar, bukan macam nak bila klinik kesihatan, bukan?

Akhirnya, tender projek pembinaan hospital tersebut telah dibuka pada November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021, lebih kurang 3 tahun dari sekarang.

Apa yang menariknya, bekas Perdana Menteri dari Kedah meskipun mempunyai masa lebih 20 tahun, namun dia hanya tahu berjanji sahaja. Hingga dia letak jawatan pun, hospital yang dia umumkan itu tidak nampak cerucuknya. Hanya tapak semak samun saja yang ada?

Tapi mujurlah Perdana Menteri dari Pahang lebih sayangkan orang Pendang berbanding bekas Perdana Menteri dari Kedah. Perdana Menteri dari Pahang itu jugalah yang mencari jalan dan berusaha melunaskan janji lapok tersebut, meskipun bekas Perdana Menteri dari Kedah itu hampir setiap hari memburuk-burukkan beliau.

Lebih menjengkelkan, puak-puak ‘bunga’ yang ‘seciput’ di Pendang itu langsung tidak beryukur pada Allah dengan usaha berkenaan, malah memperlekeh pula Perdana Menteri dari Pahang yang menabur bakti di daerah mereka. Siapa ajar mereka berperangai begitu agaknya?

Mereka tidak sedar, ‘kepala bunga’ yang mereka puja itulah yang berjanji tapi gagal melunaskan janji, dan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mereka keji itulah yang datang berjasa menunaikan janji berkenaan. Ibu bapa mereka tidak ajar berterima kasih, kah?

Hakikatnya, itulah yang berlaku untuk episod pembinaan hospital pakar di Pendang. Episod seterusnya, kita nantikan sama ada mereka akan jejak kaki atau tidak ke hospital tersebut. Kita nantikan saja episod hipokrit ‘bodoh sombong’ mereka yang seterusnya…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *