Lim Kit Siang perlu pujuk Guan Eng jelas skandal terowong dasar laut

Share

Sebagai seorang ahli politik veteran yang gemar menayangkan dirinya sebagai anti rasuah dan menyokong ketelusan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak seharusnya memperlekeh dakwaan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung skandal dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sebaliknya, ahli politik berusia 77 tahun itu seharusnya ‘memujuk’ anak lelakinya, Lim Guan Eng supaya tampil mempertahankan diri mengenai pendedahan itu dan tidak semata-mata menafikannya tanpa sebarang penjelasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pengiraaan kerugian RM20.5 bilion yang dilakukan oleh Ka Siong dalam pendedahannya itu adalah bersandarkan fakta dan bukannya ‘cakap kosong’.

“Rakyat Malaysia masih lagi terkejut dan mahu penjelasan mengenai ke mana RM22 juta dibayar dan kewujudan dua individu dalam usaha menghentikan siasatan penyelewengan terhadap projek berkenaan. Ia menuntut persoalan, jika RM22 juta sudah dibayar untuk menutup rasuah, apakah pula skala rasuah yang terlibat hingga memerlukan ia ditutup?” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply