Isham kekal pimpin Sukarelawan Malaysia

Share


Penyandang Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil, kekal memegang jawatan itu selepas menang dalam pemilihan pertubuhan yang diadakan, hari ini.

Isham yang juga sukarelawan Selangor diumumkan menang 90 peratus undian menewaskan pencabarnya, Zulfakis Shah, sukarelawan dari Johor.

Jawatan timbalan presiden dimenangi Abdul Aziz Abdul Rashid, sukarelawan dari Terengganu.

Mesyuarat agung pemilihan Sukarelawan

Malaysia diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Mac di Dewan Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Yang turut hadir, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Jabatan Perdana Menteri, Norashikin Datuk Ismail.

Pada mesyuarat berkenaan, beberapa isu semasa seperti kos sara hidup, perumahan mampu milik dan pemerkasaan wanita turut dibincangkan.

Ketika ini, Sukarelawan Malaysia mempunyai lebih 10,000 ahli di seluruh negara.

Pertubuhan berkenaan menjalankan kerja amal dan kesukarelawanan sejak 5 tahun lalu, terutama dalam membantu mangsa bencana, asnaf dan anak yatim, serta membantu graduan mencari kerja dan menjadi usahawan.

“Bermula tahun ini, Sukarelawan Malaysia berkerjasama dengan SL1M untuk membantu belia membina kerjaya,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berita Harian


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *