BR1M, Antara Idea Najib Dalam Manifesto Pakatan Yg Mahathir Tak Akan Laksanakan

Share

SEMALAM Mahathir akui banyak janji dalam manifesto Pakatan, mungkin tak akan dapat dilaksanakan – KALAU mereka berjaya memerintah negara selepas PRU14.  Contohnya tol, Mahathir kata janji Pakatan yang itu tidak akan dapat dilaksanakan atas sebab soal kos, penyelenggaraan dan sebagainya.

Begitupun kita nak bagitau ni, bukan itu saja janji dalam Manifesto yang Pakatan tidak akan laksanakan, ada lagi.  BR1M – antara idea Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan dalam manifesto Pakatan, turut tidak akan ditunaikan.

Kita semua tahu bahawa BR1M adalah hasil dari rasioanal subsidi kerajaan pimpinan Najib, terutama subsidi pukal yang dilaksanakan pada zaman Mahathir untuk pemimpin terkemudian menanggung bebannya bila jumlah penduduk semakin meningkat dan sumber pun semakin berkurang.

Kenaikan BR1M sehingga mencecah RM 1,200 pula berjaya dicapai hasil rasionalisasi subsidi bahan bakar yang dihapuskan sepenuhnya pada Disember 2014, berikutan penurunan harga minyak dunia yang turut menjejaskan pendapatan negara.

Dengan Mahathir nak reverse hampir semua perkara yang membolehkan BR1M dilaksanakan termasuk menghapuskan GST dan ganti semula dengan SST, dari mana sumber kewangan boleh diperolehi untuk meneruskan perlaksaan BR1M dalam manifesto Pakatan?

Hasil kerajaan untuk membiayai pelbagai perbelanjaan negars, bukan turun dari langit tau, mesti ada sumbernya.  Demi nak jadi Perdana Menteri balik, Mahathir tutup semua sumber yang menjana pendapatan negara ini dan dalam masa yang sama menambah beban kewangan negara dengan pelbagai janji tak masuk akal seperti menaikan gaji minimum kepada RM 1,500 dimana kerajaan turut menanggung sebahagian kos dan sebagainya, mana logik BR1M mampu diteruskan lagi?

Anyway, itu gambar kecilnya, gambar besarnya pulak ialah, tujuan Mahathir nak bertanding semula dan menjadi Perdana Menteri di usia yang sangat tua seperti sekarang ini, adalah semata-mata untuk melantik anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri, ingat dia peduli semua pasal janji dalam manifesto ke?

Leave a Reply