RUU Anti Berita Tidak Benar : Apa yang Guan Eng dan juaknya nak cemas?

Cubaan Pakatan Harapan diketuai DAP memomokkan rakyat kononnya penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 bakal menyekat kebebasan bersuara mengundang persoalan utama, adakah gabungan pakatan itu tidak tahu ia isu semasa global?

Malah, tindakan Pakatan Harapan juga seolah-olah mencerminkan ‘keperibadian’ sebenar gabungan itu yang takut menghadapi kebenaran walaupun sering kali mengeluarkan kenyataan sepantas kilat tanpa tahu hujung pangkal dalam mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan penggubalan RUU tersebut sekiranya tidak membuat apa-apa kesalahan melibatkan penyebaran maklumat tidak benar.

Jelas beliau, perkara ini juga pernah berlaku ketika kerajaan melaksanakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), apabila Pakatan Harapan kerap kali mempersoalkan langkah tersebut.

“Namun begitu, jika kita tengok semula, berapa banyak kes Sosma yang kerajaan jatuhkan hukuman? Berapa ramai pula sudah dipenjara? Bukan semua yang disiasat di bawah Sosma itu dikenakan hukuman penjara pun.

“Setiap undang-undang yang digubal kerajaan adalah semata-mata untuk memastikan keharmonian, keamanan dan kestabilan negara kerana penyebaran berita sedemikian boleh menjatuhkan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 telah dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, undang-undang melibatkan berita tidak benar adalah penting dalam usaha memastikan Malaysia tidak diancam terutamanya dari segi politik dan ekonomi sehingga akhirnya menggugat demokrasi negara.

“Masalah ini sebenarnya menjadi krisis global kerana kebanyakan negara menghadapi masalah kebenaran berita yang dikeluarkan terutamanya melibatkan isu keganasan.

“Kalau perkara ini tidak perlu dibendung, tidaklah negara-negara lain seperti Singapura, United Kingdom dan Perancis juga mahu menggubal undang-undang melibatkan berita tidak benar ini,” jelas beliau.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan menuduh pembentangan RUU itu sebagai cubaan kerajaan untuk membunuh kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara. – UTUSAN ONLINE

2 thoughts on “RUU Anti Berita Tidak Benar : Apa yang Guan Eng dan juaknya nak cemas?

  • March 26, 2018 at 19:13
    Permalink

    musibat anak haram guan eng & dap ni menghina speaker parlimen pun mereka nak kebebasan dari dikenakan sebarang tindakan…paling celaka bila diminta mohon maaf kerana telah menghina, musibat anak haram guan eng & dap ni berani mencabar minta permohohonan maaf itu ditarik balik atau dalam ertia kata lain mereka tak perlu mohon maaf apa2

    Reply

Leave a Reply