Orang Bantah Mahathir Tak Semestinya Sokong UMNO

Share

 

MAHATHIR sepanjang dalam UMNO cipta cukup ramai musuh, sebab itu walaupun dah berbelas tahun bersara, keluar masuk UMNO saja dah 3 kali sehingga buat parti sendiri, masih ada tempat dalam Malaysia ini yang Mahathir sampai sekarang tak berani jejak kaki – Memali.

Pasal musuh dia ramai. Masa dalam/sokong kerajaan ada musuh, dah jadi pembangkang ada musuh, senang kata, sampai mati pun hidup Mahathir penuh dengan musuh. Orang suka letak kepentingan peribadi dengan guna nama rakyat ni macam itulah.

Sudahlah tu, musuh Mahathir ni banyaknya atas sifat peribadi, macam mereka yang terkesan di Memali, macam isteri dan anak-anak yang suami mereka yang kena tahan ISA bertahun-tahun lamanya, macam yang dipenjarakan/dipecat hanya kerana cuba melawan dia dan sebagainya.

Ramai, banyak keturunan terlibat.

Sekarang ini tak macam itu – rakyat kena dihasut dengan maklumat palsu dulu untuk benci pemimpin kerajaan. Dengan Mahathir tak payah hasut pun, memang ramai orang benci dia sebab banyak tindakannya menyusahkan rakyat ni adalah bersifat peribadi, berselindung disebalik kuasa pulak tu.

Justeru, kalau ada orang bantah Mahathir jadi Perdana Menteri semula semasa dia dalam pembangkang seperti sekarang, jangan ingat semua orang tu ada kena mengena dengan UMNO pulak sebab macam disebutkan diatas tadilah, Mahathir dia sorang saja boleh cipta banyak musuh tanpa perlu disuruh.

Ini merujuk kepada drama terjah Mahathir dalam satu forum baru baru inilah bila seorang panelis yang tak sebulu dengan tua kutuk itu dikaitkan dengan UMNO. Tak betul persepsi macam itu sebab yang tak suka dan tak setuju Mahathir jadi Perdana Menteri semula ni bersepah, bukan dalam UMNO saja.

Yang dok sokong sekarang ni sebab nak menang pilihanraya saja selain pecah belah Melayu, bukan hairan sangat dengan dia itu pun.

Takde siapa gila saja-saja nak angkat orang tua 93 tahun sebagai Perdana Menteri lagi melainkan kalau bukan sebab ada agenda politik serta saling guna menggunakan. Apatah lagi bila diketahui tujuan dia nak jadi PM balik tu sebab nak lantik anak dia sebagai pengganti.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!