Gebang Bukan Main, Peluang 50-50 Saja? Macai Jugak Kena Bodoh Buta-Buta

Share

MAHATHIR buat hal lagi.  Dia pecah lubang Pakatan hanya ada peluang 50-50 saja untuk kalahkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.  Cerita bukan main kencang sehingga lembu pendek pun boleh terbang tapi di hujungnya hanya 50-50 peluang menang.

Asas pertama politik ialah, jangan dedah lemah depan orang.  Itu yang tak pernah kita dengar Anwar kata Pakatan peluan 50-50 dalam PRU13 dulu, menang sesaja, rupa-rupanya di belakang, dia buat kira lain dengan Datuk Seri Najib menggunakan Jusof Kalla sebagai orang tengah, nasib baik Najib tak layan.

Padanlah Mahathir, disebalik semua cakap besar dia mampu menang di mana saja (ayatnya menjelma), masih tak berani menentukan di kawasan mana dia akan bertanding, waima di Kubang Pasu yang dia pernah menjadi Ahli Parlimennya hampir separuh abad.  Rupa-rupanya peluang 50-50 saja.

Mahathir nampak sangat takdak kelebihan macam Azmin.  Elok lagi Azmin.  Azmin tunjuk bodoh dengan muka confident saja masa kata air empangan Selangor 100% penuh (bukan orang minum air empangan tapi air terawat).  Mahathir langsung tak boleh cover-cover, pi bodoh dedah semua pulak.

Jadi kepada macai yang memuja Pakatan ini silalah ambik perhatian kepada apa yang tua kutuk ini katakan, hangpa semua hanya ada 50-50 peluang menang saja.  Belum lagi kita sebut pengakuan Mahathir bahawa Pakatan tak boleh laksanakan semua janji dalam manifesto mereka seperti penghapusan tol umpamanya.

Kalau highlight yang ini jawabnya, tinggal 20% saja.

Cakap pasal tol ini, disini saja nampak jelas Mahathir dah berbalah dengan pemimpin Pakatan lain secara diam.  Silap-silap, manifesto yang dilancarkan tempoh hari bukan manifesto penuh, hanya separuh – itu pun awal-awal dah kata tak boleh laksana semua.

(Visited 17 times, 1 visits today)

3 thoughts on “Gebang Bukan Main, Peluang 50-50 Saja? Macai Jugak Kena Bodoh Buta-Buta

  • March 26, 2018 at 20:23
    Permalink

    Zaman Madey dulu mana pernah termimpi pembangkang nak menang PRU. Siap merayu minta simpati supaya ada suara di Parlimen sahja.

    Dia menang 5 kali PRU cemerlang majoriti 2/3

    Reply
  • March 27, 2018 at 12:20
    Permalink

    Buat tajuk anwar berjaya kalahkan tun mahathir tak ada elektrik seminggu vs anwar tak ada air 3bulan
    Baru gempak sikat ix ix

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!