1MDB: Kenapa DAP Panas Bila Arul Kanda Jumpa Rakyat Beri Penerangan?

DAP nampak sentap bila CEO 1MDB, Arul Kanda buat road tour seluruh negara menjelaskan kepada rakyat cerita sebenar mengenai syarikat tersebut kepada rakyat.  Dari penjelasan Arul Kanda, nampak berbeza benar dengan propaganda DAP mengenai syarikat itu selama hari ini.

Tua kutuk Kit Siang siap mahu Arul berhenti memberi penjelasan kepada rakyat sebaliknya bertanding dalam PRU14 dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB di Parlimen.

Persoalannya kenapa DAP sentap, orang datang cerita benda betul pun nak sentap ke?  Kalau tak betul, DAP tunjuklah kat bahagian mana dari penjelasan AruL Kanda itu yang salah?  Atau paling tidak, hantar wakil untuk bertanya sendiri kepada Arul Kanda, tapi itu tak dibuat, dicabarnya pulak kawan tu bertanding dalam PRU14 supaya boleh menang dan beri penjelasan di Parlimen.

Apa kena mengenanya pun tak tahu sebab pedulilah nak beri penjelasan di mana pun, asal saja rakyat lebih jelas tentang penipuan yang dicanangkan pembangkang mengenai syarikat tersebut.

Nampak sangat DAP malu bila tembelangnya pecah dengan penjelasan Arul Kanda.  Itu yang penjelasan Arul tak berani DAP bantah, dia kalih ke lain pulak.

Justeru, rakyat perlu melihat ini sebagai satu lagi bukti betapa DAP selama hari ini hanya menipu rakyat dalam isu 1MDB sebab itu dia panas punggung bila Arul keliling negara beri penerangan.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.