Bertuhankan Allah Atau Bertuhankan Politik?

Dia memberi alasan kononnya terpanggil untuk kembali berpolitik kerana ‘sayang’kan negara. Kononnya walaupun sudah berusia terlalu emas, dia terpaksa gagahkan diri untuk ‘selamatkan negara’. Itulah yang dia kumandangkan berkali-kali.

Bagi budak-budak muda yang baru mengenal ‘politik’, maka sudah tentu mereka terpesona dengan alasan begitu menyentuh jiwa. Konon betapa ‘warga emas’ itu begitu cintakan negara negara hingga sanggup ‘berkorban’ sekali lagi…

Namun begitu, bagi mereka yang mengenali gaya dan kelicikan politik ‘warga emas’ itu, maka sudah tentu mereka akan ketawa sinis. Bukan sekadar mencebik bibir, malah mungkin akan ada yang ketawa mengejek atau ‘muntah hijau’.

Bukan seorang dua yang pernah ‘dikencing’, malah ramai yang sudah terkena ‘racun’ politiknya. Dia sanggup menangis hiba, meratap konon ‘keseorangan’ dalam perjuangan, padahal ia hanya taktik ‘hancing’ untuk menagih simpati dan sokongan.

Penulis tidak nafikan, dia sememangnya ‘political geniuses’. Beberapa Perdana Menteri pernah terkena. Beberapa Timbalan Perdana Menteri pun pernah juga. Puak pembangkang tak usah cakaplah, tapi rakyat sudah lebih dua dekad dia ‘kena’kan sebelum ini.

Sebagai contoh, dengan riak wajah yang begitu yakin, ‘warga emas’ itu selamba memberitahu dunia konon Timbalannya seorang penjenayah seks. Konon dia tidak bermoral, terlibat dengan seks luar tabi’i dan tak layak untuk jadi pemimpin.

Bukan setakat media tempatan, habis ‘ditapau’nya media antarabangsa. Jika ada media antarabangsa yang ragu dengan ‘informasi’nya, maka cepat-cepat dia katakan media itu ‘talibarut yahudi’ atau dikawal zionis yang dibenci dunia.

Tapi kini, dia sanggup, dia rela. Dia sanggup jadi calon Perdana Menteri ‘sementara’ bagi seorang lelaki yang tidak bermoral, penjenayah seks, mengamalkan seks luar tabi’i, berzina dan dia malukan seantero dunia.

Dengan mencedok ‘fakta’ rekaan seorang wanita asing yang sangat diragui kredibilitinya, dia tergamak menentang seorang lelaki yang pernah menyelamatkan karier politiknya suatu ketika dulu. Biarpun bapa lelaki itu pernah mengutipnya dari ‘bakul sampah’, tapi dia tidak peduli semua itu asalkan dapat memenuhi nafsu serakah politiknya.

Penulis tidak kisah jika dia bukan seorang Islam. Namun memandangkan dia seorang muslim dan lebih tua, maka penulis sangat kesal dengan perilakunya. Tidakkah terlintas dihatinya tentang dosa pahala, hukum memfitnah dan berbohong kepada orang ramai?

Kita umat Islam, dan kita tidak wajar tunduk pada teori Machiavelli yang menghalalkan segalanya untuk memenuhi matlamat. Kita ada hukum hakam dan percaya pada pembalasan di hari kiamat. Kita percaya pada Rasulullah SAW yang memberitahu tentang betapa besarnya dosa fitnah, bukan?

Jujurnya, penulis sering berdoa untuk ‘warga emas’ itu supaya kembali ke jalan Islam yang sebenar, bukan ke jalan yang bertuhankan politik. Di usia yang terlalu senja, penulis lebih berharap dia mendekatkan diri pada Allah, bukan DAP!

Tidak mengapa jika dia tidak bersetuju dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Najib manusia biasa dan bukan maksum seperti Rasulullah SAW. Allah SWT pun ada beritahu bagaimana untuk menegur dengan cara yang sesuai, bukan? Menegur dengan kasih sayang, bukan dengan kebencian, itulah keindahan Islam…

Kita umat Islam tidak boleh gunakan strategi DAP, PKR mahupun PAN yang mencetus kebencian di hati manusia. Sebagai contoh, mereka ajar minda rakyat untuk tidak berterima kasih kepada kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan BN, wajarkah?

Konon kebajikan rakyat itu merupakan tanggungjawab dan rakyat tidak perlu berterima kasih? Membesarkan dan mendidik anak juga satu tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada ibu bapa, apakah kita tidak wajar berterima kasih kepada ibu bapa kita atas segala jasa keduanya semata-mata kerana kita di bawah ‘tanggungjawab’ mereka?

Setahu penulis, budaya berterima kasih merupakan satu budaya murni yang dianjurkan Islam. Tapi hanya kerana nafsu politik, maka puak-puak ini tergamak mengajar suatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri? Wajarkah sikap begitu diterapkan kepada rakyat Malaysia?

Justeru itu, penulis sekali lagi meluahkan harapan agar mereka yang mengaku beragama Islam, namun sanggup bersekongkol dengan ‘parti rasis chaunivis ultra kiasu’ supaya renunglah sedalam-dalamnya tentang apa yang sedang berlaku di negara ini.

Setiap yang pincang, maka Islam mempunyai cara terbaik untuk mengatasinya. Bukan dengan cara Machiavelli, strategi yahudi atau pendekatan yang bertentangan dengan Islam.

Tidak mengapa jika tidak mahu kembali kepada perjuangan anak bangsa, tapi sekurang-kurangnya kembalilah kepada Islam kerana jalan yang benar itulah yang kembalikan kalian semua kepada perjuangan UMNO yang kini diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *