DOJ: Kalau Red Granite Boleh Bayar, Mahathir Juga Boleh

Share


SYARIKAT filem berpengkalan di Hollywood, Red Granite yang dituduh dalam laporan oleh Mahathir kepada DoJ kononnya melesapkan wang 1MDB melalui aktiviti penggubahan wang haram, difahamkan menawarkan kepada DoJ sebanyak USD 60 juta untuk membebaskan syarikat tersebut dari segala tindakan oleh DoJ ke atas mereka lanjutan dari laporan Mahathir tersebut.

Bayaran ini adalah satu keputusan perniagaan bagi membolehkan semua hal berkaitan perniagaan syarikat itu berjalan lancar semula dan tidak lagi dibelenggu oleh saman DoJ – bukan bukti mengaku salah kerana DoJ bukan Mahkamah. Apatah lagi dah bertahun tahun sejak DoJ memulakan tindakan saman sivil ke atas syarikat berkenaan lanjutan dari laporan yang didalangi Mahathir itu, tapi tidak ada sebarang perkembangan mahupun perbicaraan di Mahkamah untuk membuktikan ada duit 1MDB yang dilesapkan sedangkan banyak perkara berkaitan syarikat itu yang terjejas dek tindakan saman oleh DoJ.

Dah bayar, settle lah.

Tapi yang penting disini ialah, sudah menjadi resmi di Amerika Syarikat sana, bayaran seperti ini boleh dibuat kepada agensi kerajaan seperti DoJ.  Maksudnya kalau Red Granite boleh bayar DoJ untuk batalkan saman ke atas syarikat itu, Mahathir juga boleh bayar pihak yang sama (DoJ) untuk melakukan apa benda pun mengikut kehendak dia. Itu pun susah nak nampak ke?

Mahathir kan selalu cakap cash is king bila nak menyindir Datuk Sri Najib Tun Razak, rupanya dia merujuk kepada dirinya sendiri.  Tanya Mahathir, tobat lahum dia tak mengaku, kuda dia sendiri pun dia kata pinjam orang punya!!  Kuda dia sendiri tu dan semua orang tahu betapa taksubnya Mahathir kepada kuda sehingga sanggup berbelanja besar dengan terbang ke Argenitina sana semata-mata menunggang binatang tersebut.

Apa pun, ini sistem di Amerika yang kita cakapkan, bukan di negara ni dan Mahathir tahu tu.  Kalau negara ni kita dah panggil rasuah, kalau kat US, bayaran seperti itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik.  Sebelum ini pun dah banyak orang sebut pasal peranan pelobi apa semua tulah.

 



2 thoughts on “DOJ: Kalau Red Granite Boleh Bayar, Mahathir Juga Boleh

  • March 14, 2018 at 6:21 pm
    Permalink

    Hujah terbaik

    Ikut logik teori ni, dia juga bayar FBI untuk cari kapal RM1 billion Equanimity kat Bali

    IPIC dan Aabar juga dibayar untuk terima RM 4 billion lepas IPIC jamin bon. Dua billion pada Aabar BVI , syarikat palsu lepas tu bayar pulak RM 2 billion lagi dalam dua installment pada Aabar original walaupun tengah arbitration di London

    Adamyan memang geliga

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *