10 Dosa Pemimpin Pakatan Harapan

Hujah-hujah penolakan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP semakin tersebar dengan kenyataan bertajuk ‘10 Dosa Pemimpin Pakatan Harapan’ yang mendapat perhatian umum.

Dengan menggunakan tanda pagar ##sayno2PH, hujah-hujah itu mula tersebar melalui pelbagai platform media sosial termasuk laman blog-blog di negara ini.

Berikut merupakan antara intipati 10 hujah berkenaan mengenai dosa-dosa pemimpin pakatan:

1. KLEPTOKRASI

Perkataan ini sebenarnya terpakai kepada PH kerana sebagai “pemerintah” negeri mereka sendiri iaitu Selangor dan Pulau Pinang, rasuah di sana kelihatan semakin meningkat. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga menghadapi tuduhan rasuah.

2. TIADA INTEGRITI

Pemimpin PH terlalu banyak melakukan pusingan-U. Dakwaan salah urus negara Tun. Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun serta gerakan reformasi telah berubah secara dramatik. Jika dahulu PKR dan DAP mengecam Dr. Mahathir tetapi kini segalanya dilupakan, bahkan mereka berani mengatakan bahawa semuanya OK.

3. KEDIKTATORAN.

Ini terbukti dengan cara pemimpin PH menguruskan parti komponen mereka sendiri. Contohnya adalah DAP yang mana orang-orang yang bertentangan fahaman dipecat dan diketepikan. Malah mesyuarat agung tahunannya diadakan secara tidak demokrasi.

4. KRONISME

Pemimpin PH mementingkan kronisme dan nepotisme. Pelbagai dakwaan telah dibuat mengenai Tun. Dr. Mahathir Mohamad serta ahli-ahli keluarganya. Malah PKR yang terdiri daripada anak beranak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang terdiri daripada keluarga Lim Kit Siang pernah menuduh Dr. Mahathir mementingkan kronisme.

5. BERSIFAT PERKAUMAN

Dengan menggalakkan orang Cina untuk membenci MCA dan Gerakan, DAP menekankan budaya perbezaan pendapat antara kaum. MCA dan Gerakan kononnya disalahkan kerana gagal berjuang untuk kaum Cina tetapi DAP sendiri tidak mempunyai apa-apa untuk kaum Cina kecuali menghasut kebencian.

6. PENIPU

PH memberi harapan dan janji palsu. Terdapat terlalu banyak contoh tetapi cukup untuk mengatakan manifesto mereka pada masa lalu dan sekarang tidak praktikal dan tidak dapat dipenuhi kerana pelbagai sebab. Ia sama seperti menipu semua orang termasuk penyokong mereka sendiri.

7. TIDAK BERGUNA DAN TIDAK BERUPAYA

Mereka (PH) tidak boleh memerintah Pulau Pinang dan Selangor dengan betul tetapi masih berani untuk bermimpi memerintah negara ini? Krisis air telah menjadi masalah biasa di Selangor dan Pulau Pinang pula tenggelam dalam banjir kilat dan tanah runtuh serta pencemaran. Rakyat ditendang keluar dari rumah mereka sendiri!

8. SUKA MENYALAHKAN PIHAK LAIN

Pemimpin PH telah menguasai seni dan kemahiran menyalahkan BN kerana kesengsaraan negara dan kegagalan mereka. Taktik berkenaan disifatkan sebagai pengecut bahkan tidak sesuai pun untuk berada sebagai pembangkang.

9. TIADA SIFAT KEPIMPINAN

Disebabkan ketiadaaan pemimpin berkeupayaan, PH hanya pandai membuat pelbagai dakwaan yang tidak terbukti selain membuat pelbagai tuduhan yang tidak beradab bersama penyokong mereka. Calon-calon yang hendak diangkat sebagai Perdana Menteri pula adalah individu yang telah berumur 93 tahun selain individu yang telah disabitkan kesalahan liwat

10. TIADA RANCANGAN KUKUH UNTUK MEMERINTAH

Kerjasama parti-parti dalam Pakatan Harapan amat lemah dan hanya mengejar agenda yang mementingkan diri masing-masing. Ia bukanlah mengenai menyelamatkan Malaysia kerana Malaysia telah menunjukkan prestasi yang baik di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/10-dosa-pemimpin-pakatan-harapan-1.636100#ixzz5Avy0xaNS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.