PM kongsi kegembiraan IMF puji daya tahan ekonomi

Share


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kegembiraannya dengan rakyat Malaysia berhubung laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memuji daya tahan dan prestasi kukuh ekonomi negara ini.

Beliau berkata, laporan IMF itu sekali lagi telah meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

β€œLaporan IMF sekali lagi meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk capai status negara maju berpendapatan tinggi dan memuji daya tahan dan prestasi kukuh ekonomi kita.

β€œDasar ekonomi kita berkesan dan akan terus memacu kita kepada kejayaan!,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

IMF dalam laporan tahunannya terhadap ekonomi Malaysia menyifatkan negara ini berada di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Pencapaian itu menurut IMF, selaras dengan prestasi kukuh dengan pertumbuhan tinggi pada tahun 2017 dan 2018.

Ketua Pasukan IMF di Malaysia, Nada Choueiri berkata, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan itu didorong oleh permintaan global kukuh terhadap sektor elektronik serta terma perdagangan yang lebih baik bagi komoditi seperti minyak dan gas. -UTUSAN ONLINE



2 thoughts on “PM kongsi kegembiraan IMF puji daya tahan ekonomi

  • March 8, 2018 at 5:36 pm
    Permalink

    Pembangkang pasti akan menuduh IMF mendapat dedak

    Reply

Leave a Reply to dkds Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *